*Oleh : misz_waniey*
BAB 1
Arif mengeluh seketika. Kata-kata
dari papanya betul-betul mengecewakannya. Penting sangatkah aspek LANGKAH
BENDUL di dalam keluarganya? Dia dan alongnya lelaki.. bukannya perempuan.
Kenapa peraturan sedemikian menjadi benteng pemusnah impiannya untuk berkahwin
dengan Ainul? Bukan papa nak menghalang niat kamu untuk berkahwin, Arif. Tapi
peraturan ini sudah menjadi asas dalam keturunan kita sejak dulu lagi. Memang
aspek langkah bendul ini sebenarnya ditujukan pada golongan perempuan, tetapi
tidak pada keturunan kita. Kamu tak boleh kahwin selagi Izzul tak berkahwin.,
jelas Dato Seri Amiruddin, papa mereka. Datin Seri Rosni hanya mengangguk
bersetuju. Dahulu, Dato Seri Amiruddin disegani kerana telah banyak
merekabentuk bangunan di sekitar daerah Johor Bahru. Kebanyakkan rumah-rumah,
masjid-masjid dan bangunan-bangunan perindustrian seperti kilang, di daerah
Johor adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Bergerak dari seorang arkitek
muda, Dato Seri Amiruddin meluaskan hasil kreativitinya dengan menubuhkan firma
sendiri setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang itu. Berkat kesabaran
dan sokongan dari isteri dan keluarga, akhirnya perniagaan Dato Seri Amiruddin
berjaya memasuki tembok Singapura sekaligus mendapat kepercayaan penuh untuk
merekabentuk bangunan serta memberi consultation service untuk pelanggannya di sana. Dulu, syarikatnya
hanya mempunyai 5 orang pekerja sahaja dan kini berkembang hampir 30 orang
semuanya yang terdiri dari pelbagai bidang dan pengurusan. Setelah beliau
pencen, Izzul yang menggantikannya tempatnya sebagai Pengarah Urusan. Dengan
membawa kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di UTM, Skudai dan Sarjana Seni
Bina dari University of Wisconsin, Milwaukee, pengetahuan Izzul di dalam bidang
seni bina banyak membantu meningkatkan lagi mutu kerja di Firma MA Sdn Bhd.
Arif pula mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di Uniten,
Bangi banyak membantu dari segi pengurusan kewangan syarikat dan bertanggungjawab
untuk mendapatkan projek bukan sahaja di daerah Johor dan Singapura malah sudah
sampai ke daerah Melaka dan Kuala Lumpur. Ketegasan dan keseriusan Izzul dalam
mentadbir syarikat banyak mengurangkan masanya untuk bersosial. Tidak seperti
Arif yang gemarkan hidup bersederhana dan tidak terlalu workaholic. Beza antara
Izzul dan Arif, Izzul terlalu serius dan amat mementingkan kesempurnaan dalam
setiap apa yang dilakukan. Sekiranya pekerjanya sendiri tidak dapat melakukan
tugas dengan sempurna dan memuaskan hatinya, pastinya herdikan dan lentingan
yang akan mereka dapat. Tetapi Arif, dia lebih rileks dan cool dalam
melaksanakan tugasnya. Pekerja banyak menyenangi Arif berbanding dengan Izzul.
Walaupun Izzul mempunyai paras rupa yang lebih menarik berbanding Arif, namun
kebanyakkan gadis lebih senang bergaul dengan Arif. Izzul lebih menghabiskan
masa dengan hidupnya sendiri. Baginya, dia tak perlukan pasangan dalam hidup.
Apa yang penting adalah kerja dan kejayaan dalam hidup. Sewaktu belajar dahulu,
Izzul banyak didampingi oleh gadis-gadis sekampusnya tetapi semuanya tidak
kekal. Sikap Izzul yang agak menjelekkan membuatkan mereka tidak tahan
dengannya. Paling lama bertahan pun hanyalah dua tahun sahaja. Sejak itu, Izzul
lebih gemar menghabiskan masanya dengan dunia sendiri tanpa memikirkan soal
jodoh ataupun hidupan berkeluarga. Umurnya sekarang sudah genap 33 tahun
manakala Arif muda lima
tahun darinya. Mereka hanya mempunyai 3 orang adik-beradik sahaja dan yang
bongsu adalah adik perempuan yang bernama Nur Amilia. Amilia baru sahaja tamat
pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan sekarang membantu sedikit sebanyak dalam
syarikat sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di
luar negara tak lama lagi. Arif sekali lagi mengeluh. Sudah kehilangan punca.
Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari Ainul. Kata-kata Ainul memberi
kesan kepadanya seketika. Abang, ayah dan ibu dah kasik warning. Diorang cakap
kalau abang tetap tak masuk meminang Ainul dalam 6 bulan ni, dorang nak
kenalkan Ainul dengan anak kawan mereka. Macammana ni, bang? Arif kembali
teringat pesanan dari Ainul itu. Dalam masa yang sama, hatinya gelisah
memikirkan penyelesaian. Jari jemarinya dari tadi dok menggaru-garu kepala.
Sudah kehilangan punca. Kalau dia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam 6
bulan ini, pastinya dia akan kehilangan Ainul buat selama-lamanya. Kedengaran
bunyi enjin kereta Lamborghini Gallardor masuk ke perkarangan rumah. Rumah
banglo 3 tingkat yang bernilai hampir RM10 juta milik keluarga Dato Seri
Amiruddin menempatkan 10 bilik tidur, 11 bilik air, ruangan makan dan dapur
serta ruang tamu dengan keluasan rumah tersebut yang hampir 6 ekar tanah di
Taman Mount Austin, Johor Bahru. Taman Mount Austin merupakan sebuah taman
perumahan yang terkenal di bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Taman perumahan ini terletak berhampiran Taman
Daya, Taman Delima dan Setia Indah di Mukim Tebrau. Arif masih lagi diam
membisu. Jam di tangan dibelek. Hampir pukul 9 malam. Matanya melilau mencari
kelibat Izzul yang baru sahaja keluar dari kereta Lamborghini Gallardor
miliknya. Dia bangun lantas menghampiri alongnya yang sedang sibuk mengeluarkan
barang dari tempat duduk belakang. Mungkin masalah ini alongnya mampu untuk
membantunya. Along! panggilan Arif memeranjatkan Izzul. Kepalanya terhantuk
sedikit di siling kereta. Dia mengeluarkan badannya dari kereta dan memandang
Arif dengan muka berkerut. Angah! Terkejut aku. Cuba jangan panggil aku macam tu.
Nasib tak kena heart attack! tegur Izzul lantas kembali memboloskan separuh
badannya ke dalam kereta untuk mengambil barang. Arif hanya tersengih memandang
Izzul. Sebaik tangan memegang briefcase dan beberapa fail yang agak
confidential, dia menutup pintu kereta dan bergerak ke pintu rumah. Arif
mengikut dari belakang. Along.. along mesti bantu angah! pinta Arif kepada
Izzul. Barang di tangan diletakkan di sofa berdekatan. Dia memalingkan
kepalanya memandang Arif yang agak kalut. Kening diangkat sejenak. Apa masalah
kau ni angah? Tak sempat-sempat tunggu aku duduk dulu dah bikin kelam-kabut
ujar Izzul tegas. Tali leher dirungkaikan ke bawah. Kot di badan segera dibuka
bagi menghilangkan kepanasan. Sejenak dia duduk di sofa bagi melepaskan
kepenatan. Tangannya mencapai remote control lantas dia menekan punat ON untuk
menghidupkan aircond. Dalam beberapa minit, ruang tamu yang tadinya panas
kembali dingin. Arif segera duduk di sofa berdekatan dengan abangnya. Along..
kau mesti bantu aku.. pinta Arif sekali lagi. Izzul menyandarkan kepalanya ke
sofa. Matanya tertutup rapat bagi menghilangkan penat namun mulutnya masih
berkata-kata. Kau nak aku tolong apa? Duit? tanya Izzul lagi. Dia masih tidak
memahami soal pertolongan apakah yang Arif inginkan? Arif melepaskan keluhan
sejenak. Kemudian kembali menyambung ayatnya. Bukan! Bukan soal duit Habis tu?
Mata Izzul kembali terbuka lantas memandang tajam kearah Arif. Kalau Arif ingin
membincangkan soal peribadi, mungkin esok sahaja. Along penat ni.. sambung
Izzul lantas bangun dan mengambil barang-barangnya untuk naik ke atas. Belum
sempat Izzul bergerak, Arif sudah menahannya. Tolong la Along! Ini soal hidup
dan mati Angah! mukanya meraih simpati abangnya. Izzul mengerut dahi. Soal apa?
Cuba
kau cakap straight to the point je? balas Izzul lantas duduk kembali ke sofa.
Mukanya serius. Tadi Angah ada bincang dengan papa dan mama soal kahwin. Then?
belum habis Arif bercakap, dia sudah memotong. Izzul kembali mengeluh. Papa dan
mama tak kasik angah kahwin selagi along tak kahwin.. Izzul mengangkat kening.
Then?.. Kalau boleh, angah mintak sangat along kahwin Please along rayu Arif.
Dia sudah habis melutut di hadapan abangnya. Tiba-tiba lelaki itu ketawa
membuatkan Arif terpinga-pinga. Kau dah gila ke angah? Kau nak aku kahwin
dengan siapa? Sudah lah! Kalau kau nak kahwin.. kahwin ajelah.. kenapa perlu
libatkan along pulak? Izzul bangun lantas bergerak menghampiri tangga untuk ke
atas. Arif bangun lantas mengekori abangnya. Masalahnya sekarang, papa nak
along kahwin dulu. Dia kata jangan langkah bendul! kata Arif lagi. Langkah
Izzul terhenti. Isu langkah bendul hanya untuk perempuan.. bukannya lelaki!
balas Izzul membetulkan persepsi itu. Kemudian dia memulakan langkahnya
kembali. Itulah pasal Masalahnya sekarang, papa cakap keturunan kita ada
peraturan. Kalau ada yang nak kahwin, kena pastikan ikut urutan. Yang tua perlu
kahwin dulu jelas Arif dengan lebih lancar lagi. Mereka masuk ke dalam bilik
Izzul. Lampu dibuka dan bilik yang tadinya gelap kembali cerah. Barang-barang
yang dipegang oleh Izzul diletakkan di work station berdekatan. Dia segera
mencapai tuala untuk mandi. Arif masih lagi tercegat memandang Izzul. Then, kau
tunggu je la along kahwin. Habis cerita.. kata Izzul mengusik. Bajunya dibuka
dan segera menyarungkan tuala ke badan. Tapi.. keluarga Ainul dah bagi warning
pada aku Dorang kasik tempoh 6 bulan untuk aku buat keputusan. Kalau masih
takde tindakan, mereka mungkin akan tamatkan hubungan aku dengan Ainul jelas
Arif lagi. Matanya berkaca. Mungkin sedih apabila memikirkan soal hubungannya
dengan Ainul yang bakal retak. Izzul diam seketika. Dia melepaskan keluhan.
Jadi kau nak aku buat apa? Kalau kau nak paksa aku kahwin pun aku takde calon,
kata Izzul memberi kenyataan. Along carilah calon isteri dalam masa 6 bulan
ni.. Please along..!! Kali ni aje aku minta tolong kau! rayu Arif lagi. Gila!
Kau ingat nak cari calon bini tu macam cari kucing ke? perli Izzul. Arif
kembali mengeluh. Dia juga memikirkan idea itu agak gila! Mana ada orang cari
calon bini dalam masa singkat macam tu? Tapi dia tiada pilihan. Kalau alongnya
tidak kahwin, maka dia harus melepaskan Ainul. Tidak! Dia tak boleh lepaskan
Ainul begitu sahaja. Dia sayangkan Ainul. Hubungan mereka sudah hampir mencecah
8 tahun. Sia-sia ajelah hubungan mereka selama ini kalau tidak ditamatkan dengan
perkahwinan. Along tak boleh bantu. apa-apapun, kau kena discuss balik dengan
papa soal ni.. Dah la! Aku nak mandi Izzul melangkah ke bilik mandi. Sebaik
pintu bilik mandi ditutup, Arif sekali lagi mengeluh. Ya Allah! Apa yang harus
aku lakukan? Aku benar-benar buntu! doa Arif dalam hati.
****
Abang rasa papa dan mama abang
akan cakap apa? Ainul bertanya lagi. Burger di tangan hanya dicubit sedikit
demi sedikit. Hilang seleranya bila memikirkan masalah mereka berdua ini. Hari
itu ayah dan ibunya dah bilang agar dia mempercepatkan perkahwinan dia dengan
Arif. Perhubungan yang agak lama memaksa ibu dan ayahnya mengambil tindakan.
Tiba-tiba kata-kata ayah kembali terngiang –ngiang di telinganya. Hubungan
korang berdua ni dah terlalu lama. Umur korang pun dah 28 tahun. Patutnya umur
macam ni korang dah berkahwin. Arif tu takde hati nak lamar kamu ke, Ainul?
tanya ayahnya sewaktu mereka menonton televisyen bersama. Hampir tersedak Ainul
apabila soal itu dikeutarakan. Bukan Abang Arif tak nak melamar Ainul, ayah..
tapi peraturan dalam keturunan mereka supaya yang tua kahwin dulu tu yang jadi
isu sekarang ni. Kami tak boleh berkahwin selagi abang sulungnya tak kahwin..
Ainul cuba
menyokong dan mempertahankan Arif. Aik? Mereka tu perempuan ke? Isu langkah
bendul bukan sesuai untuk perempuan, ke? Lagipun, kalau ikut persepsi langkah
bendul sekarang ni, kalau yang muda ingin kahwin dulu.. mereka kenalah bagi
hadiah kepada yang tua jelas En. Azri, ayah Ainul lagi. Muka dia berkerut.
Pelik dengan peraturan sebegitu. Ainul melepaskan keluhan. Matanya masih tertancap
ke skrin televisyen. Rancangan Maharajalawak yang ke udara tidak mampu meraih
perhatiannya. Soal masalah mereka lebih dititikberatkan. Ayah kasik korang masa
6 bulan. Kalau masih lagi takde tindakan apa-apa dari pihak Arif, ayah akan
kahwinkan Ainul dengan anak kawan ayah. Keputusan ayah muktamad! putusnya ayah
tegas. Ainul dapat merasakan dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Hatinya
tiba-tiba luluh. Sekilas, air mata kembali jatuh ke pipi. Sayang. tegur Arif
sambil melambai-lambaikan tangannya ke muka Ainul. Ainul tersedar dari lamunan.
Kata-kata ayah tadi betul-betul menyeksa dirinya. Dia tersenyum memandang Arif
yang berkerut seribu. Penat abang cakap panjang lebar.. termenung pulak dia!
Merajuklah! rajuk Arif memuncungkan bibirnya. Ainul ketawa melihat telatah Arif
yang kadang-kadang agak manja. Tangannya sekilas menggengam erat tangan Arif
bagi memujuk lelaki itu. Abang cakap apa tadi? tanya Ainul kembali apabila
melihat Arif tersenyum. Abang cakap.. papa abang takkan injak dengan keputusan
dia. Abang dah betul-betul buntu dah sayang Ainul diam tanpa kata. Dia juga
buntu. Matanya melihat sahaja Arif menyedut air cokenya. Tiba-tiba.. Hah! Arif
hampir tersedak apabila secara tiba-tiba Ainul berteriak sebegitu. Dia terbatuk
kecil. Ainul hanya ketawa apabila melihat Arif mengurut dadanya. Abang tak
apa-apa, ke? tanya Ainul apabila melihat muka Arif merah menyala. Batuknya
semakin kuat. Dia dah terlanjur berkata. Muka Arif berkerut menahan sakit
dadanya. Ainul ni.. terkejut abang! tegur Arif. Mukanya masih lagi merah.
Sorry, abang Tiba-tiba spontan idea ni datang.. jawab Ainul. Idea apa? berkerut
lagi. Tangannya masih mengurut dadanya. Mata Arif masih tajam memandang anak
mata Ainul dalam-dalam. Apa kata kalau kita carikan along calon isteri? usul
Ainul. Mukanya berseri-seri. Arif mengetap bibir. Macammana? Along abang tu
cerewet orangnya. Dia takkan senang nak terima perempuan tu jadi bini dia..
Lagipun, dah ramai perempuan dampingi along.. tapi sorang pun tak kekal lama.
Siapa tahan dengan sikap along yang agak menjengkelkan tu?.. kata Arif
merendah-rendahkan abang kandungnya. Dia kenal siapa Muhammad Izzul Islam.
Wajah Izzul kacak.. lebih hensem darinya. Dari segi ketinggian pun, Izzul lebih
tinggi darinya. Daya tarikan Izzul lebih menyerlah dari dirinya sendiri. Malah
Izzul lebih bijak dari dia dan Amilia. Dia lelaki yang sempurna dimata Arif dan
sebab itu juga Izzul inginkan wanita yang sempurna untuknya. Kalau kita tak cuba,
kita takkan tahu.. suara Ainul semakin perlahan. Reaksi mukanya kembali kendur.
Berbeza dari yang tadi. Oklah.. so macam mana? Arif akhirnya bersetuju. Ainul
kembali tersenyum lantas didekatkan bibirnya ke telinga Arif. Dia berbisik
sesuatu dan Arif hanya sekadar mengangguk kepala apabila mendengar idea dari
Ainul. Kemudian mereka sama-sama bersetuju dengan idea tersebut.
*****
No way!! teriak Izzul tidak
bersetuju. Arif dan Ainul saling berpandangan. Reaksi mereka terdiam sebentar.
Izzul memandang mereka tidak berpuas hati. Along tak setuju! Mana mungkin along
nak ikut idea korang berdua ni! Karut! bentak Izzul lagi. Dia mundar-mandir di
hadapan mereka berdua. Hanya jalan ni saja yang boleh membantu kami, Along.
Please Along.. kami akan tolong carikan calon jodoh terbaik untuk along.
Percayalah! rintih Arif lagi. Ainul di sebelah hanya mengangguk bersetuju.
Izzul memandang mereka berdua. Dia mengeluh. Dia kembali duduk di sofa
bertentangan dengan mereka. Kau dah gila ke Angah? Kau sanggup tengok Along
menderita berkahwin dengan perempuan yang Along tak kenal hanya kerana nak
pastikan kau hidup bahagia dengan Ainul!? Banyak bagus!? Izzul masih tidak boleh menerima pendapat
mereka berdua. Habis tu.. macam mana Along? Kalau along tak bersetuju dengan
cadangan ni.. Along ada cadangan lain? pintas Arif bertanya. Tak boleh ke kalau
kau berbincang balik dengan papa soal ni? Pastinya papa akan mengubah fikiran..
balas Izzul memberi cadangan lain. Arif diam. Along takkan tak kenal dengan
papa? Apa yang dia cakap pastinya bersebab. Keputusan dia muktamad. Tak boleh
sekalipun membantah. Angah takde cara lain along selain hanya cara ini sahaja
rintih Arif lagi. Ainul hanya diam membisu dari tadi. Dia tak berani nak masuk
campur perbincangan dua adik-beradik di hadapannya kini. Izzul melepaskan
keluhan. Kedua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar. Betul-betul
berkarisma. Walaupun dia tegas, riak mukanya masih tenang. Tapi idea korang
berdua ni melibatkan kebahagiaan along juga! Unfair la kalau along terpaksa
berkorban hanya kerana nak bahagiakan korang berdua jelas Izzul tidak berpuas hati.
Hanya kerana ingin keluar dari masalah yang timbul, kenapa dia perlu berkorban?
Adakah masih tiada cara lain lagi? Habis tu bagaimana Along? Angah dah buntu..
Betul-betul buntu.. riak muka Arif jelas tertonjol kerisauannya. Arif segera
mendapatkan Ainul. Dia menggenggam erat tangan gadis itu. Nampaknya kita dah
takde cara lain, maybe ini dah takdir kita perlu berpisah.. perlahan suara itu
berkata-kata. Kelopak mata Ainul berkaca. Jangan cakap macam tu, abang.. pinta
Ainul. Suaranya tenggelam dalam esak tangis. Arif hanya mengetap bibirnya.
Abang dah takde cara lain lagi. Abang dah buntu.. tambah Arif lagi. Ainul
menangis teresak-esak. Izzul hanya memandang mereka. Timbul rasa kasihan di
hatinya. Walaupun dalam soal ini dia perlu tegas tetapi dalam masa yang sama,
dia tidak sampai hati melihat adiknya berduka. Apakah aku harus berkorban?
Takpelah, along. Mungkin kami takde jodoh.. jelas Arif tersenyum kelat ke
arahnya. Ainul di sebelah sudah ditenggelami air mata. Arif menarik Ainul untuk
bangun. Mereka sudah putus harap. Belum sempat mereka keluar dari rumah itu,
Izzul memanggil Arif. Langkah Arif terhenti. Dia memandang Izzul tanpa
perasaan. Dia sedih.. Oklah! Along setuju.. Demi kebahagiaan korang berdua..
Along setuju! kata Izzul memberi kata putus. Wajah Arif dan Ainul yang tadinya
kelat kembali berseri.. Mereka teriak gembira. Jadi, macammana caranya? tambah
Izzul lagi untuk mengetahui tindakan selanjutnya. Itu along jangan risau!
Serahkan pada kami!! Arif mendabik dada. Dia begitu gembira sekali. Dalam hati
tak sudah-sudah mengucapkan kata syukur. Dia betul-betul terhutang budi dengan
abangnya.
BAB 2
Alya Adriana sibuk membantu
maknya melipat kain. Adik-beradik lain sudahpun nyenyak tidur di dalam bilik.
Dia memandang jam di dinding. Matanya berkerdipan sejak tadi. Sudah pukul 11
malam rupanya. Namun, dia masih tidak berasa mengantuk. Kalau kamu dah
mengantuk, pergilah tidur! tegur Mak Temah apabila dari tadi terperasan yang
anaknya asyik memandang jam. Alya hanya tersenyum. Awal lagi, mak. Alya nak
habiskan lipat kain ni.. kata Alya lantas segera mencapai kain batik di
sebelahnya untuk dilipat. Mak Temah hanya menggelengkan kepala. Esokkan kamu
kerja. Karang tak bangun pulak! tambah Mak Temah lagi. Alya tidak mengendahkan
kata-kata maknya. Seusai melipat kain, segera dia membawa kain-kain yang telah
siap dilipat ke dalam bilik. Kemudian dia keluar semula dan kembali duduk
bersimpuh di hadapan Mak Temah. Alya melihat ibunya mengurut kaki. Kedengaran
wanita tua itu mengaduh kesakitan apabila urat-urat kaki menjadi tegang. Mak
nak Alya urutkan? tanya Alya menawarkan diri. Tak usahlah, Alya. Kamu pergilah
tidur.. Esok kamu nak kerja, kan?
arah Mak Temah lagi. Takpelah, mak. Masih awal lagi. Lagipun esok Alya datang
lewat sikit ke kilang sebab Alya nak hantar proposal dekat bos Alya ke HQ..
jawab Alya lagi. Mak Temah hanya mengeluh sahaja. Alya bekerja sebagai Product
Engineer di Kilang Z&C Elektronic di Kawasan Perindustrian Tebrau 2. Baru
beberapa bulan dia dipindahkan ke Head Quarters Office di Taman Perindustrian
JB Perdana, Skudai dan sesekali dia terpaksa membuat site visit ke kilang bagi
memastikan pemprosesan chip di kilangnya berjalan dengan lancar. Perjalanan
dari kilang ke HQ hanya 14.4km atau 17 minit perjalanan sekiranya menggunakan
lebuh raya Utara-Selatan. Jadi, tidak sukar untuknya untuk berulang-alik setiap
hari. Namun disebabkan kerana dia sering pulang lewat malam, Alya terpaksa
menyewa rumah berdekatan dengan office untuk keselamatan. Mak tiba-tiba Alya
bersuara kembali setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri. Mak
Temah memandang wajah tulus anaknya itu. Alya merupakan satu-satunya anak
tunggal hasil perkahwinannya yang pertama. Sejak suaminya meninggal dunia, dia
berkahwin lain. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama apabila suami
keduanya membuat perangai. Sudah kering air mata mengenangkan nasib setiap kali
terpaksa berdepan dengan along apabila suaminya gagal untuk melunaskan
hutangnya. Suami keduanya begitu gemar berjudi dan minum arak. Sangkalnya
sewaktu bercinta, lelaki itu yang dihajati dapat membimbing dia tetapi
rupa-rupanya lelaki itu hipokrit selama ini. Berpura-pura menjadi lelaki yang
soleh sedangkan setan bertopengkan manusia. Sehingga sekarang suaminya itu
hilang tanpa diketahui dimana dia berada. Dan yang menjadi mangsa adalah dia
dan anak-anaknya. Acapkali along datang mengamuk-ngamuk kepada mereka agar
segera melangsaikan hutang suami yang hampir mencecah RM300,000. Wang gajian
Alya tidak mampu untuk menyimpan dengan lebih banyak memandangkan dia banyak menanggung
persekolahan adik-adiknya. Ibunya sudah tidak larat untuk bekerja dan sering
jatuh sakit. Alya la tempat mereka mengadu nasib. Mereka sering dilanda
ketakutan akibat diganggu oleh along tersebut. Ketenteraman mereka diragut.
Pernah sekali rumah mereka dipecah masuk. Adik lelakinya, Azizi juga pernah
dibelasah kerana melawan. Manakala Amani, adik kedua Alia hampir kehilangan
kehormatan dirinya dan dijadikan cagaran bagi melangsaikan hutang ayah mereka.
Amani dan Azizi adalah anak hasil perkongsian dengan suami keduanya. Mereka
juga adalah adik-beradik tiri Alya. Kenapa, Alya? tanya Mak Temah setelah
melihat Alya diam tiba-tiba. Err.. Along ada datang rumah kita tak? Pertanyaan
Alia membuatkan muka ibunya panas tiba-tiba. Timbul perasaan takut di hatinya.
Alya tidak tinggal dengan mereka. Sejak Alya dipindahkan ke HQ, Skudai. Alya
terus menyewa rumah di sana.
Kalau dulu, Alya duduk bersama keluarganya kerana kilang hanya terletak
berhampiran dengan rumah mereka sahaja. Tetapi sekarang, Alya hanya akan pulang
sekiranya dia ditugaskan memantau kilang untuk sementara. Mak Temah masih lagi
senyap. Cakaplah, mak.. pinta Alya membuatkan Mak Temah mengetap bibir. Setiap
minggu Alya. Mereka akan datang setiap minggu mengganggu ketenteraman kita..
jelas Mak Temah. Alya mengerut dahi. Dia risau akan keselamatan keluarganya
sepanjang ketiadaannya di rumah itu. Berapa lagi hutang ayah yang perlu kita
langsaikan? Alya ingin mendapatkan kepastian. Rasanya sudah banyak duit
diberikan kepada Along. Takkan masih lagi tidak turun? Dalam RM300,000. Duit
yang Alya hantar pada mak untuk langsaikan sedikit hutang along tidak
mencukupi, nak. Duit bunga semakin naik. Mak tak tahu apa akan jadi sekiranya
mak tak hulurkan duit itu pada mereka..
rintih hati wanita tua itu. Seketika, dia menyeka air mata dari terus
mengalir. Sudah tidak tahan rasanya apabila melalui cara hidup sebegini. Rasa
kesal tak sudah-sudah. Namun apa yang boleh dia lakukan. Sudah tersurat untuk
mereka menghadapi nasib seperti itu. Alya sekali lagi mengeluh. Dia juga
kehilangan punca. Amani tu.. mak risau.. Mak Temah menyambung kembali. Alya
masih setia mendengar. Dia tahu Amani agak stress. Dia sering rasa takut
apabila ketenteraman mereka diganggu lebih-lebih lagi menghadapi saat dia
hampir sahaja diragut kehormatannya pada malam itu. Sabarlah, mak! Alya akan cuba
cari jalan untuk langsaikan hutang kita ni janji Alya pada ibunya. Dia mesti
cari jalan. Tapi bagaimana? Mana dia nak cari RM300,000? Dia hilang punca.
*****
Alya memandang sahaja nasi lemak
di hadapannya. Pabila memikirkan soal hidup mereka sekeluarga membuatkan Alya
tidak lalu untuk makan. Tekaknya seakan-akan perit setiap kali nasi itu
ditelan. Alya risau. Sepanjang ketiadaannya, apa akan jadi pada mak dan
adik-beradik tirinya yang lain? Alya! panggil seseorang dari jauh. Alya mencari
kelibat suara yang memanggil namanya itu. Seorang gadis menghampirinya sambil
tersenyum. Mereka bersalaman. Ainul!! balas Alya dengan muka bersinar. Hilang
sekejap masalah yang difikirkan apabila bertemu dengan sahabatnya ini. Kau kena
hantar ke sini balik, ke? tanya Ainul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya
di hadapan Alya. Alya menggelengkan kepala. Encik Hakimi minta aku pantau
proses pembuatan cip kat kilang ni kejap sebab dia perlu ke Jepun untuk dua
minggu jelas Alya dengan lebih terang. Ainul mengangguk. Baguslah kalau macam
tu. Aku pun sudah lama tak berjumpa dengan kau. Rindu rasanya! Muka Ainul
berseri-seri apabila melihat Alya di hadapannya. Dulu mereka berkawan baik.
Sama-sama masuk ke kilang itu sebagai engineer muda. Sama-sama juga menghadapi
kesusahan di situ. Awal tahun ini, disebabkan HQ memerlukan engineer bahagian
operasi, mereka menarik Alya ke sana.
Tinggallah Ainul keseorang di kilang itu. Akupun rindukan kau, Ainul. Kau macam
mana? Bila nak kahwin? pertanyaan Alya itu membuatkan Ainul terdiam sejenak.
Senyumannya mati di situ. Alya yang menyedari perubahan air muka Ainul hanya
mengerut dahi kehairanan. Kenapa dengan dia? Kenapa Ainul? Ada benda yang dah terjadi antara kau dengan
Arif, ke? sambung dia lagi. Risau dia melihat riak muka Ainul yang tiba-tiba
tidak ceria itu. Aku.. aku tergagap Ainul untuk berkata-kata. Alya segera
mencapai tangan Ainul. Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku balas Alya
mententeramkan perasaan sahabat di hadapannya itu. Sekilas, Ainul terus
memeluknya. Gadis itu tiba-tiba menangis membuatkan Alya semakin serba-salah.
Dia mengusap kepala Ainul lembut. Dalam hatinya kehairanan.. Apa sebenarnya
yang terjadi? Beberapa minit kemudian, pelukan mereka terlerai. Alya risau
melihat mata Ainul yang basah dengan air mata.. Alya.. aku tak tahu nak cakap
macam mana sebenarnya Ainul cuba
mententeramkan perasaannya. Kenapa ni? Kau dengan Arif ada masalah ke? Alya
masih lagi menunggu cerita dari Ainul. Berat sangatkah masalah dia ni? Ainul
menyeka air matanya dari terus mengalir. Tangannya segera mencapai kembali
tangan Alya. Aku rasa, aku dengan Arif macam takde peluang untuk bersama..
akhirnya, terluah juga perasaan itu dari bibir Ainul. Dia mengetap bibir.
Ketara bibirnya agak menggigil.. Kenapa? Arif curang dengan kau, ke? tanya Alya
lagi. Ainul segera menggelengkan kepala. Bukan Habis tu kenapa? Alya memotong
percakapan Ainul. Ayah dan ibu aku bagi dia masa selama 6 bulan untuk buat
keputusan samada dia nak kahwin dengan aku ataupun tak.. Lepas tu? Masalahnya
sekarang.. papa Arif bagitau yang dia tak boleh langkah bendul Alya agak
terkejut. Langkah bendul? Aku tak faham.. Apakah sebenarnya masalah diorang ni?
Ainul mengeluh. Dia tahu amat sukar untuk memahamkan sahabat di hadapannya ini
dengan cerita yang agak pelik untuk di dengar. Lelaki dengan langkah bendul.
Its so funny! Keturunan Arif pentingkan soal langkah bendul dalam perkahwinan
tak kira la dia lelaki ke perempuan. Yang sulung kena kahwin dulu. jelas Ainul
panjang lebar. Alya ternganga tidak percaya. Tak sangka, soal langkah bendul
menjadi isu pulak di sini. Tetapi yang peliknya kenapa soal ini melibatkan anak
lelaki pula? Kalau macam tu kenapa tak suruh aje abang sulung Arif kahwin dulu?
Alya sekadar memberi cadangan. Ainul masih lagi diam. Kemudian dia
menggelengkan kepala. Masalahnya, abang dia takde calon lagi. Dah 3 bulan kami cuba
carikan abangnya calon tapi semua ada je yang tak kena dimata lelaki itu cerita
Ainul panjang lebar. Maksud kau? Korang berdua dah buat blind date untuk abang
dia, ke? Ainul mengangguk. Dia mengeluh lagi. Abang dia tu cerewet sangat la.
Itu tak kena.. ini tak kena.. Sampai pernah sekali calon yang kami kenalkan tu
dihalau bulat-bulat depan kami. Siap kata she is not my taste! rungut Ainul lagi.
Ketara jelas wajahnya yang tidak berpuas hati dengan sikap abang sulung Arif.
Jadi sekarang ni macam mana? Dah jumpa calon yang sesuai, ke? tanya Alya lagi.
Dia agak berminat untuk mendengar cerita ini dengan lebih lanjut. Macam cerita
drama pulak rasanya. Masih ada lagi kisah hidup orang muda yang mengharapkan
perkahwinan diaturkan oleh keluarga. Ainul sekali lagi menggeleng. Semua calon
yang kitorang kenalkan semua dia tak suka. Yang hairannya tu, calon-calon yang
kitorang kenalkan bukannya calang-calang orang.. Ada yang engineer, arkitek, cikgu.. malah
model pun ada! Semua lawa-lawa, comel-comel.. tapi tetap tak menepati kehendak
dia.. Semua dia reject! Dah tu, si perempuan yang kitorang kenalkan tu pulak
ada yang sampai tak tahan melayan kerenah abang sulung Arif tu.. kenal tak
sampai seminggu dah tarik diri tambah
Ainul lagi. Dia dah hilang punca. Hanya lagi 3 bulan sahaja yang tinggal. Masih
sempatkah mereka mencari calon untuk Mr. Perfect seperti Izzul? Dia memilih
sangat kot? Alya cuba
memberi andaian. Tak salah memilih.. tapi jangan la melampau sangat. Kalau
boleh, dia nak pasangan dia tu sempurna macam dia kata Ainul. Kepalanya dari
tadi asyik menggeleng tidak berpuas hati. Alya hanya tersenyum. Dia nak cari
pasangan yang sempurna, dia tu dah cukup sempurna ke? Alya mengangkat kening. Ada riak memerli sedikit.
Memang secara kasarnya dia agak sempurna. Muka handsome, tinggi, badan bidang
dan sasa, otak cerdik dan bijak, self-confident yang tinggi. Umur muda dah
mampu handle firma sendiri. Sebab tu kalau boleh, dia mahukan perempuan yang
sama hebat seperti dia jelas Ainul. Alya mengangguk faham. Takpelah,
InsyaAllah.. satu hari nanti jumpa jugalah si Mrs. Pefect untuk Mr. Perfect
macam dia! perli Alya lagi. Mereka ketawa apabila memikirkan soal itu. Wujudkah
manusia yang perfect sebenarnya? Kau macam mana pula, Alya? Dah ada yang punya,
ke? tanya Ainul membuatkan Alya ketawa sejenak. Siapa la yang nak kat aku ni,
Ainul Alya sekadar merendah diri. Bukan kerana tidak laku tetapi kerana dia
tidak punya masa untuk mencari teman hidup. Hidupnya hanya untuk keluarga.
Selagi dia masih lagi menanggung keluarga, dia tak boleh mencari pasangan. Kau
lawa apa? Si Aizat mana? Skandal kau dulu tu kan pernah sukakan kau? usik Ainul. Alya
tersenyum. Aizat Nama itu kembali mekar di hatinya. Sudah lama dia lost contact
dengan lelaki itu. Tidak tahu kemana lelaki itu pergi setelah dia menolak
cintanya. Aizat pernah menagih kasih padanya dulu. Dia satu tempat kerja dengan
mereka. Namun disebabkan kerana dia perlu memberi perhatian kepada keluarga,
dia menolak lelaki itu bulat-bulat. Kerana kekecewaan, Aizat pergi membawa
diri. Dia resign pun senyap-senyap tanpa memberitahu Alya. Aku dah lama tak
contact dia, Ainul.. jawab Alya lagi. Yelah, dulu kau jual mahal.. Terus mamat
tu bawa diri tegur Ainul. Alya hanya tersenyum sahaja. Dia tahu dia salah.
Tetapi dia tak mahu memikirkan perkara itu sangat. Masalah keluarganya ini
lebih berat dari soal percintaannya itu. Hah! Alang-alang kau tengah mencari
ni, apa kata kalau aku kenalkan kau dengan abang sulung Arif tu.. Ainul memberi
idea. Alya membuntangkan matanya terkejut. Ainul hanya mengangguk. Aku tengok
kau ada pakej. Lawa, bekerjaya, pandai masak.. sempurna la! Abang sulung Arif
tu hanya pandang perempuan yang sempurna je.. puji Ainul lagi. Mukanya agak
berseri-seri. Alya rasa nak tergelak apabila kawan baiknya itu memujinya. Ye la
tu Alya menyangkal setiap kata-kata pujian si Ainul. Betullah! Takkan aku nak
tipu.. Aku rasa kau boleh bantu aku Please!? pujuk Ainul. Lengannya digoyang-goyangkan
berharap. Matanya bersinar-sinar seolah-olah mengharapkan agar Alya menerima
pelawaannya. Dia tahu tentu Abang Izzul akan menerima gadis di hadapannya ini.
Tak naklah aku hidup dengan manusia ego macam tu! Kau pun kata abang dia tu
cukup cerewet dan terlampau mengejar kesempurnaan. Kalau aku kahwin dengan dia,
asyik dok kena tengking je la.. balas Alya menolak. Alah.. mana tau dia boleh
berubah lepas kahwin dengan kau? Kau kahwin ajelah dengan dia. Pastu kalau
takde jalan penyelesaian, boleh aje korang berceraikan?Ainul sekadar memberi
harapan. Alya menggelengkan kepalanya. Soal kahwin jangan buat main-main,
Ainul. Kalau aku nak berkahwin dengan seseorang biarlah atas dasar kasih sayang
dari kedua belah pihak. Aku tak nak kahwin dengan cara macam ni and then
bercerai kalau tak boleh nak harungi masalah bersama.. tegur Alya. Ainul
terdiam. Maafkan aku Alya pinta Ainul serba salah. Takpe.. Lagipun, aku tak
terfikir lagi ke arah tu. Aku sekarang ni tengah pening fikirkan masalah family
aku getus Alya memberi penjelasan. Riak muka Ainul berubah. Kenapa dengan
family kau? tanya Ainul. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarga Alya.
Alya mengeluh. Melepaskan segala ketegangan dalam fikirannya itu. Family aku
sekarang ni berhutang dengan Along.. jawab Alya perlahan. Sudah tak tahu nak
cerita pada siapa soal ini. Dia perlukan seseorang untuk mendengar keluhan
hatinya. Ainul terkejut. Gila! Berapa weih? tanya gadis itu lagi. Dalam
RM300,000.. Aku dah bayar tiap-tiap bulan duit hutang tu namun hanya setakat
bayar untuk bunga sahajalah. Aku dah buntu dah ni Kesiannya kau. Ainul berasa
simpati dengan nasib Alya. Hem.. Alya tidak tahu nak cakap apa lagi. Hanya
keluhan sahaja yang dia dapat lepaskan. Tiba-tiba Ainul teringatkan sesuatu.
Wang cagaran Kau nak duit tak? Alya memandang tepat ke wajah Ainul. Kau ada
jalan lain ke? Alya seolah-olah berharap. Mungkin ada jalan lain untuknya. Kau
ambil offer aku ni.. Maksud kau? Alya masih lagi tidak memahami. Kalau kau
kahwin dengan Abang Arif, kau akan dapat lumpsum RM500,000″ jelas Ainul
membuatkan Alya mengangkat mukanya. RM500,000?? Wah! Banyak gila!! Macam mana?
kening Ainul terangkat seolah-olah memberi harapan. Dia yakin dengan offer ini
tentunya dapat menyelesaikan masalah Alya sekarang ini. Juga masalah dia dengan
Arif. Alya masih lagi diam. Dia tak boleh terus-menerus mengambil keputusan.
Perlukah dia menerima tawaran Ainul? RM500,000 itu terlampau banyak. Dan dengan
duit itu juga dia mampu untuk membayar hutang family dia itu. Kalau kau terima,
kau dah selamatkan ramai orang. Mak kau, adik-adik kau.. aku.. Arif..
Fikirkanlah! uji Ainul lagi. Alya masih berfikir. Betul.. Betul kata Ainul.
Kalau aku terima, aku bakal membantu ramai orang. Semua orang bahagia. Mak dan
adik-adik yang lain pastinya takkan duduk di rumah dalam keadaan ketakutan.
Hutang mampu dilangsaikan, malah ada lebihan lagi untuk digunakan kepada
keluargaku. Ainul dan Arif juga dapat berkahwin. Tapi.. Ah! Perlukah aku
terima? Mampukah aku hadapi sekiranya aku berkahwin dengan lelaki yang aku tak
cinta? Aku tak nak kebahagiaan untukku tiada kerana mengejar kebahagiaan orang
lain. Tetapi, kebahagiaan family aku kebahagiaan aku jugak Macammana ni?! Alya
memberontak di dalam hati. Dia tak tahu bagaimana untuknya mengambil keputusan.
Nantilah, Ainul. Bagi aku masa untuk fikirkan pinta Alya membuatkan Ainul
sedikit kecewa. Oklah! Kau balik rumah, kau fikir baik-baik. Peluang hanya
datang sekali sahaja.. nasihat Ainul kepada Alya. Alya hanya tersenyum pahit.
Perlukah aku? Ainul memandang jam di tangan. Eh, dah time masuk office ni. Jom!
ajak Ainul. Alya mengangguk lantas menghabiskan sisa air teh tarik di atas meja
dan mencapai beg tangannya. Mereka segera melangkah masuk ke dalam office.
BAB 3
Izzul Islam memandang tajam ke
arah gadis di hadapannya. Tangannya disilangkan dan dia duduk sambil memandang
dari atas ke bawah. Gadis itu hanya tersenyum manis. Tapi dia langsung tidak
menyambut senyuman itu. Mukanya masih lagi serius. Gadis di hadapannya agak
kalut dan resah apabila melihat dirinya diperhatikan sebegitu. Mulutnya rasa
berat untuk menegur Izzul. Siapa nama kau? tanya Izzul kasar. Gadis itu hanya
tersengih. Baru sebentar tadi Arif memperkenalkan dirinya kepada Izzul. Masih
tidak ingat lagikah namanya? Maria.. jawab gadis itu lembut. Suaranya agak
tidak kedengaran. What!? sengaja Izzul melantangkan suaranya. Gadis itu
terkejut. Err.. Ma.. maria! jawab dia sekali lagi dengan gagap. Izzul
mengangguk. Matanya masih lagi memandang Maria dengan tajam. Dia memeluk tubuh
sambil mengetap bibir. Kau tahu kenapa kau dipanggil ke mari? tanya dia lagi.
Kali ini suaranya agak mendatar. Gadis itu mengangguk laju. Pertemuan mereka ni
seolah-olah macam sesi interview pulak. Kenapa? tambah Izzul lagi. Keningnya
diangkat. Saya dapat tahu dari Encik Arif yang Encik Izzul nak mencari teman
hidup.. jawab Maria lagi. Kali ni mukanya agak tenang sedikit. Mungkin sudah
bersedia untuk ditemuramah dan disoal dengan pelbagai soalan. Sudah cukup
sempurna untuk pegang title isteri!? Atau sekadar mengambil kesempatan? soalan itu
hanya sekadar menguji. Riak muka Maria berubah sedikit. Timbul rasa malu di
hatinya. Dia panas punggung. Maksud encik? dia kembali bertanya. Geram pula dia
apabila lelaki di hadapannya ini mempersoalkan tentang itu. Harap muka je
handsome tapi perangai. Maria mengetap bibir. Apa keistimewaan yang kau ada!?
soalan Maria tidak dijawab malah dia membalas balik dengan soalan yang lain.
Err.. saya pandai masak, pandai menjahit dan saya pandai mengurut jawab Maria
tenang. Perkataan terakhir yang diajukan betul-betul membuatkan Izzul tersenyum
sinis. Lawak! Takde gaya
pandai mengurut pun? Itu je? soal Izzul lagi. Matanya memandang lagi dari atas
ke bawah. Gadis itu agak tidak selesa apabila dipandang sebegitu rupa. Tajam
dan menakutkan. Seperti kucing laparkan ikan. Err saya wanita bekerjaya. Ada business sendiri dan
pandai handle business saya tambah Maria. Mungkin jawapan kali ini membantunya.
Baru sebentar tadi Arif memberitahu bahawa abangnya sukakan seorang wanita yang
agak independent. Kata-kata Maria membuatkan Izzul agak teruja. Dia memang
inginkan wanita yang pandai berdiri atas kaki sendiri. Tidak perlu bergantung
kepada pihak lelaki sahaja. Tetapi belum tentu lagi dia akan memilih gadis di
hadapannya ini. Dia perlu betul-betul menilai gadis ini agar dia tidak silap
langkah. Dia tak mahu luka lama berulang kembali. Kalau kau betul-betul wanita
bekerjaya.. punya business sendiri, kenapa kau ambil tawaran ni?? Izzul sekadar
menguji. Air muka Maria berubah. Dia terdiam. Soalan apakah ini? Se.. seb..
sebab saya tertarik dengan Encik Izzul. Dan saya sudi menjadi suri di hati
Encik Izzul jawab Maria tergagap. Kantoi! Kau tertarik dengan aku ke atau kau
tertarik dengan duit yang ditawarkan!? Kalau betul kau business woman, kau tak
cari calon dengan cara macam ni. Betul tak!? soalan Izzul seolah-olah seperti
perangkap. Maria sudah tiada idea untuk berkata-kata. Dia diam membisu.
Mengiakan setiap butir ayat yang dikeluarkan dari mulut Izzul. Saya bukan
tertarik dengan duit tawaran tetapi dengan Encik Izzul sendiri balas Maria
lagi. Izzul menggelengkan kepalanya. Apa bukti yang boleh kau tunjukkan? uji
Izzul lagi. Maria gugup. Izzul mengeluh. You can go now.. luah Izzul perlahan
sambil tangannya dilambaikan ke arah pintu seolah-olah menghalau. Maria
mengerut dahi. Is that mean that I was rejected? tanya Maria tidak berpuas
hati. Izzul hanya tersenyum sinis. If you understand what I mean, I just can
say YES! dengan selamba sahaja Izzul mengarahkan Maria keluar dari biliknya.
Encik Izzul, bagi saya peluang untuk bercakap lagi.. Maria masih tidak berputus
asa. No, my decision is final! Kau nak aku halau cara baik atau cara tak baik?
You can choose.. Tapi Encik Izzul.. saya Izzul seraya mengangkat gagang telefon
seolah-olah memberi amaran kepada Maria. Kau nak aku panggilkan security guard
untuk seret kau keluar dari office aku atau tak? tegas Izzul. Matanya tajam
memandang ke arah Maria. Maria bangun dan mendengus kasar. Ini kali pertama
saya dimalukan sebegini! Jangan ingat awak handsome, berharta, awak boleh
malukan semua orang! Patutlah tak laku! herdik Maria. Izzul tersenyum sinis.
Wah! Pandai pulak dia berkata-kata. Tadi sedikit punya ayu mukanya. Sekarang
dah macam kera kena belacan. Thanks for your compliment, Miss Maria. You may go
now.. dengan nada perli, Izzul menghalau Maria dengan cara terhormat. Gadis itu
bengang lantas mencapai beg tangannya dan segera keluar dari bilik Izzul. Arif
yang setia menanti di luar terkejut apabila melihat muka toya Maria. Macam
mana? tanya dia tidak sabar. Maria mendengus geram. Mukanya merah menahan
marah. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan. Arif, I think you better send
your brother to attitudes class. Belajar cara menghormati orang lain. If he
dont respect others, might be he wont get married. I am very dissapointed.
Thanks.. Maria meninggalkan firma mereka dengan muka bengang yang terserlah.
Arif mengeluh. Dia kembali ke mejanya dan mengambil buku nota di atas meja. Dia
mencari senarai nama Maria di dalam buku notanya itu. Kemudian, dia memotong
nama Maria dan menulis di ruangan remark sebagai REJECTED. Kali ini sudah
hampir 40 orang sudah diperkenalkan kepada Izzul. Tapi takde seorang pun yang
berkenan di hati. Takkan takde sorang pun yang dapat memikat hati dia? Along ni
ada hati dan perasaan ke takde sebenarnya? bisiknya dalam hati. Dia sudah
penat. Takkan dia nak menunggu bidadari dari syurga datang berjumpa dengannya
baru dia nak terima? Sekali lagi dia mengeluh. Angah.. tiba-tiba Izzul sudah
tercegat di hadapan pintu biliknya. Dia masih bermuka tenang. Arif menutup buku
notanya dan terus meletakkannya di atas meja. Any else? tanya Izzul kepada Arif
untuk mengetahui samada ada blind date lain yang akan memenuhi appoinment dia
hari ni. At this moment, we dont have any candidates jawab Arif perlahan. Izzul
hanya mengangguk dan segera meninggalkan biliknya. Arif bergerak mengekori
abangnya ke bilik. Sebaik pintu ditutup, Arif mendekati meja Izzul. Lelaki itu
sedang leka melihat fail di atas meja. Nampak busy dan serius sahaja mukanya.
Dia segera menarik kerusi dan duduk bertentangan abangnya. Dahinya berkerut.
What type of woman do you like actually? tanya Arif mendapatkan penjelasan.
Mata Izzul mengerling ke arahnya. Tangan yang sibuk menulis dari tadi terhenti
sebentar. Dia tersenyum. Dah hampir 40 orang ni, along. Takkan takde sorang pun
yang berkenan? tambah dia lagi tidak berpuas hati. Izzul hanya ketawa. I have
told you before. I am perfectionist. So I need my future housewife is also like
that.. jawab Izzul sambil tersenyum sinis. But nobody is perfect, right? We are
human being. Everybody do mistakes! tegur Arif. Kalau terlampau mengejar
kesempurnaan, sampai kiamat la alongnya itu tak berkahwin. Please dont be so
choosy! Angah, sometimes we have to. For our sake! For our life! jelas Izzul
lagi. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar. Namun fokusnya
masih ke arah Arif. Along, angah cuma ada 3 bulan aje lagi. Kalau macam ni la
perangai along, mungkin angah tak dapat kahwin dengan Ainul It is ok, bro.
Within those 3 months, something might happen. Who knows? Come on bro.. 3 bulan
je kot? Masih panjang lagi masa! rileks je Izzul menjawab. Yang menghadapi dan
keresahan tu diri dia sendiri. Andai alongnya tidak berjumpa dengan calon yang
sesuai, harapan untuknya berkahwin dengan Ainul confirm failed! Oklah! Kalau dalam
3 bulan ni along tak jumpa jugak pasangan along, apa along nak buat? uji Arif
membuatkan Izzul berhenti seketika dari terus membaca dokumen di dalam fail
tersebut. Sekilas Izzul mengeluh. Dia kembali menutup fail di tangan. Dia
memandang tepat ke wajah Arif. Kau masih tak kenal lagi ke dengan along kau ni,
Angah? Setiap apa yang dikata pasti akan dikota. In case dah cukup 3 bulan
still tak jumpa, along tahu la apa along nak buat, ok? Sekarang ni tugas kau
hanya mencari calon untuk along je. Selebihnya biar along yang setelkan. Faham?
tegas sahaja Izzul berkata-kata membuatkan Arif diam seketika. Dia memang kenal
benar dengan abang sulungnya itu. Memang, setiap kata akan dikota. Tidak
dinafikan along dia bukan jenis yang tak tepati pada janji, cuma dia risau
andaikata masih tidak menemui jalan penyelesaian.. pastinya dia dan Ainul akan
buntu selepas itu. Dia sayangkan Ainul. Sukar baginya untuk melepaskan gadis
itu. Mereka hadapi susah dan senang bersama. Andai mereka takde jodoh, what he
can say? Only Allah knows what he feels right now! Oklah! Along janji along
akan pastikan along jumpa pasangan along within these 3 months. But you have to
work hard la untuk carikan along calon, ok!? Izzul faham perasaan adiknya itu.
Tetapi dia harus juga fikirkan masa depannya juga. Andaikata dia berkahwin
dengan gadis yang tak serasi dengannya, tak ke naya je? Tapi kalau betul takde
gadis yang sesuai untuknya, alamatnya dia kena guna plan B la gamaknya. Hem,
plan B? Apa plan tu ye? Izzul memikir sendiri. Kalau tak jumpa juga macam mana?
tanya Arif untuk mendapatkan kepastian. Along akan ambil calon yang Arif kenal
tu sebagai isteri nanti walaupun dia takde langsung ciri-ciri yang Along nak.
Tu pengorbanan along untuk korang berdua. Selamba je Izzul berkata-kata membuatkan
Arif resah. Ini kot plan Bnya itu. Ah! Taram ajelah! Kalau dah itu takdirNya,
dia redha aje! Along sanggup ke nak kahwin dengan gadis yang along tak cinta?
Cinta? Cinta tak pernah wujud dalam hidup along. Apa yang penting, kau bahagia.
Kebahagiaan along tu usah kau risaukan, ok? Tapi. Dah la! Kau ambil file ni,
siapkan apa yang patut. Along ada kerja nak buat! Layan kau ni sampai esok pun
tak habis! potong Izzul lalu menghulurkan 3 keping file kepada Arif. Kemudian
dia menyambung semula kerjanya. Malas dia nak ambil port apa yang akan Arif
katakan nanti. Apa yang penting, dia pasti kena tunaikan apa yang sudah
dijanjikan. Arif mengeluh. Dia mengangguk lemah. Memang dia gembira apabila
Izzul sudi membantunya tetapi dia tak mahu abang dia kahwin kerana dia. Tapi,
nak buat macam mana? Cinta itu adakalanya indah, adakalanya pahit. Bak kata
orang, ditelan mati mak, diluah mati bapak. So, kena juga la hadapi kenyataan
itu. Cukuplah abang dia pernah merana kerana seorang perempuan dulu. Namun dia
berharap biarlah perempuan juga yang bakal membahagiakan abangnya itu nanti.
Tak mahu dia kalau abang dia tu ditakdirkan menyukai pasangan yang sama jenis.
Wah! Simpang malaikat 44. Tak sanggup dia fikirkan sekiranya abang dia tu
pegang title GAY. Oh no! Ya Allah, andai gadis itu wujud untuk abangku ini,
temukanlah mereka secepat yang mungkin. Doanya dalam hati. Hah! Apa yang kau
tercegat kat situ? Pergilah buat kerja! suara tegas Izzul yang bingit itu
mematikan lamunannya. Sekaligus membuatkan Arif tersengih seperti kerang busuk.
Baiklah, along. Angah keluar dulu ye? Arif meminta diri. Dia mengambil fail
yang dihulurkan oleh Izzul tadi lantas segera keluar dari bilik lelaki itu.
Sebaik pintu ditutup, Izzul berhenti dari menulis. Dia memandang sahaja ke
pintu. Kemudian dia menggelengkan kepala dan tersenyum. Alangkah baiknya andai
dia juga bakal menjumpai wanita yang benar-benar menghargai kasih sayangnya
seperti sayang Ainul pada Arif. Dia kagum dengan cinta adiknya itu. Pastinya,
cinta dia tidak seindah cinta mereka..
*****
Shasha, is that any appoinment
for today? tanya Izzul kepada setiausaha peribadinya. Shasha membelek planner
di tangannya. Satu persatu dilihat sebelum memberitahu kepada Izzul. Arif sudah
lama keluar berjumpa dengan client. Yeah! Actually you have three appoinments
for today. But two of that has been cancelled. Our client will inform us the
tentative date soon. Then, last appoinment is from Dato Mahmood. You have to
meet him at his office after lunch hour jelas Shasha. Regarding what matters?
Izzul kehairanan. Dato Mahmood tidak pula memberitahunya pasal urgent meeting
ini. Ada
masalahkah? He wants you to clarify more details about the House Land Project
at Taman Bukit Indah. Can you make it available? tangan shasha sudahpun
memegang pen. Bersedia untuk menulis. Ok, please confirmed to his secretary
that I will meet him at 2 pm pesan Izzul. Shasha hanya mengangguk dan segera
menulis arahan yang diberi di dalam plannernya. Dia segera duduk dan menyambung
kembali kerjanya yang tergendala tadi. Selang beberapa minit kemudian, seorang
gadis yang berpakaian kebaya moden warna merah jambu menghampiri meja Shasha.
Assalamualaikum. sapa gadis itu memberi salam. Waalaikumussalam.. jawab Shasha.
Tangannya yang dari tadi sibuk menaip terhenti seketika. Diperhatikan wajah
gadis itu dari atas ke bawah. Yes? sambung dia lagi. Keningnya diangkat. Tidak
diketahui siapakah gadis di hadapannya kini. Gadis itu tersenyum. Can I see Mr.
Izzul? pinta gadis itu. Shasha mengerut dahi. Do you have made appoinment
before? tanya Shasha. Encik Izzul jarang sekali ingin melayan seseorang
sekiranya dia tidak membuat apa-apa appoinment. No.. but I need to meet him.
Very urgent pinta gadis itu lagi. Sorry miss. Encik Izzul is not interested to
entertain somebody without appoinment. He is busy right now.. kata Shasha
menjelaskan. Gadis itu mengetap bibir. Hem, can you tell him that Ain is here?
Hold on.. Suzana menekan butang interkom yang sememangnya disampaikan terus
kepada bilik Izzul. Yes? sahut Izzul. Dia begitu sibuk menyemak fail di atas
meja. Sesekali mukanya berkerut dan fokus pada kerjanya. Encik Izzul, you have
a guest right now.. Who? Her name is Ain.. jawab Shasha. Sekilas Izzul
memandang ke arah luar biliknya. Mukanya agak terkejut sedikit. Mukanya merona
merah. Rasa marah mula wujud. Tak sangka dia datang kembali. Say to her that I
am not interested to entertain anybody! jelas Izzul. Matanya masih lagi
tertancap ke arah gadis itu. But she told me that is urgent. She needs to meet
you.. balas Shasha lagi. Izzul mendengus kasar. Ask her to come in! tegas
Izzul. Kalau ikutkan hati, malas untuknya bertemu dengan gadis itu tetapi mana
tau kemungkinan ianya benda penting?
*****
Kau nak apa? tanya Izzul kepada
gadis itu. Matanya sibuk memandang fail di tangan. Langsung tidak ada hati
untuk memandang gadis yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dulu. Boleh
Ain duduk? pinta Ain. Duduklah! arah Izzul. Bau minyak wangi kepunyaan gadis
itu betul-betul menggugat imannya. Wangian yang sama sewaktu mereka menjadi
pasangan kekasih suatu ketika dulu. Wangian itulah yang pernah disukainya suatu
ketika dulu. Ya Allah! Kau tenangkanlah perasaanku. Dengan rasa berat hati Ain
menarik kerusi lantas duduk betul-betul di hadapan Izzul. Izzul.. sapa Ain
apabila lelaki itu tidak menegurnya. Sibuk menelaah fail tanpa sedikitpun
perasaan untuk memandang wajahnya. Izzul mengeluh. Matanya dikerlingkan ke arah
Ain. Ain hanya tersenyum. Masih terserlah lagi keayuannya setelah hampir 10
tahun mereka berpisah. Ain dulu adalah kekasih yang paling lama bertapak di
hati Izzul. Namun disebabkan kerana salah faham, gadis itu pergi meninggalkan
dirinya. Agak lama juga dirinya merana kerana Ain. Dan sekarang, gadis itu
datang kembali apabila dia sudah melupakan kenangan pahit itu. Izzul apa
khabar? tanya Ain. Sumpah! Dia rindukan lelaki di hadapannya ini. Agak lama
juga dia mencari Izzul dan baru sekarang mereka berjumpa. Itupun secara
kebetulan apabila Ain terserempak dengan Izzul di kedai makan tempoh hari.
Mujur lelaki itu tidak sedar akan dirinya. Agak lama dia mencari kekuatan
sebelum bertemu dengan Izzul semula. Takut-takut lelaki itu sudah tidak mahu
berjumpa dengannya lagi. Maklumlah, dia pernah sakitkan hati lelaki itu. Dia
curang dan pernah meninggalkan Izzul dan ikut lelaki lain. Rahim, lelaki
durjana yang pernah membawanya lari ke Siam. Di sana, kehormatan dirinya diragut. Dia hampir
dijual. Mujur dia berjaya melarikan diri dari terus dibawa ke Siam untuk dijadikan pelacur di sana. Cinta itu buta.
Kerana terlampau percayakan Rahim yang menjanjikan kebahagiaan dan kemewahan
padanya menyebabkan dia mengambil tindakan drastik tanpa berfikir terlebih
dahulu. Dia mengecewakan banyak pihak. Keluarga dan juga Izzul. Lelaki itu
sudah banyak ditipu olehnya. Memang dia sayangkan Izzul tetapi sayangnya pada
Rahim mengatasi segalanya. Rahimlah yang menyuruh Ain berbaik dengan Izzul dan
menipu duitnya hanya kerana Izzul anak orang ternama dan berharta. Namun, Izzul
menyayanginya sepenuh hati membuatkan Ain cuba mencari jalan untuk menjauhkan
diri dari lelaki itu. Cintanya pada Izzul adalah duit. Dan cintanya pada Rahim
adalah pengorbanan. Ah! Kalau la Izzul tahu aku sudah tidak punya dara lagi,
mahukah dia menerima aku? Kau tengok aku ni sihat ke tidak!? Kuat atau lemah!?
soal Izzul. Masih lagi keras. Sekeras hatinya untuk menerima apa yang telah Ain
lakukan padanya suatu ketika dulu. Dulu, kerana Ain dirinya menjadi lemah.
Kerana Ain, dia bukan Izzul yang tegas dan disegani ramai. Dia begitu
menyayangi gadis itu. Tapi malangnya, Ain sudah lama membuangnya jauh dari
hatinya. Ain menodai cinta dan kasihnya. Dan kerana Ain, dia benci dengan
manusia bernama PEREMPUAN. Setelah kecewa dengan Ain, Izzul membawa diri ke
Jepun untuk mencari ketenangan dan membuang perasaan kecewa selama setahun. Dan
setelah itu, dia pulang dengan tekad untuk mempermainkan perempuan. Setiap
perhubungannya dengan perempuan tak ubah seperti menukar pakaian. Nak, pakai..
tak nak, buang! Paling lama bertahan hanyalah setakat seminggu sahaja. Dan dia
sedar, amat sukar untuknya menerima seseorang sebagai teman hidupnya. Kerana
dia tekad untuk mengejar kesempurnaan. Mengharapkan gadis yang bakal bertakhta
di hatinya sempurna seperti dia. Mempunyai budi pekerti yang baik, tidak pernah
melakukan kesalahan atau menyakiti orang lain dan mencintainya sepenuh hati. Namun,
sudah namanya manusia.. semuanya tidak sempurna. Dan sehingga kini, dia masih
tidak bertemu sesiapa. Tiada siapa lagi yang mampu membuka pintu hatinya untuk
mempunyai perasaan kasih sayang walau secebis. Sayangnya hanya untuk
keluarganya. Bukan kepada orang lain. Ain mengeluh. Dia tahu, Izzul masih lagi
memarahinya. Tapi dia betul-betul menyesali perbuatannya dahulu. Dan kini dia
datang hanya untuk meminta maaf dan berharap agar Izzul dapat menerimanya
kembali meskipun dia sudah hilang kehormatan diri. Izzul.. Ain.. Ain minta
maaf! Ain tahu Ain salah. Ain nak kembali balik pada Izzul. Ain nak berada
disamping Izzul. Ain sayangkan Izzul pinta Ain. Izzul tersenyum sinis. Setelah
apa yang telah berlaku sebelum ni, baru kini kau datang nak melutut pada aku!?
perli dia. Ain mengetap bibir. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Huh!
Perempuan! Senjatanya adalah air mata. Ah! Menangis la sekuat mana sekalipun
namun untuk tega menunduk pada gadis di hadapannya ini adalah amat mustahil!
Takde gunanya kau nak minta maaf, Ain! Nasi dah jadi bubur. Aku dah tak
perlukan kau lagi dalam hidup aku! tengking Izzul. Sudah puas dia menderita
kerana gadis ini. Tidak mungkin dia menerimanya kembali walau dia menangis air
mata darah sekalipun. Ain menyeka air mata dari terus mengalir. Dia tahu Izzul
sudah lama merana. Izzul kecewa. Semuanya kerana dia. Tidak pandai menilai yang
mana intan yang mana kaca. Tetapi, dia begitu sayangkan Izzul. Begitu lama dia
mencari Izzul kembali. Apabila ketemu, dia tekad untuk kuatkan dirinya menemui
lelaki itu. Kalau takde apa-apa.. kau boleh keluar. Aku ada banyak kerja lagi!
tegas Izzul menghalaunya. Matanya masih lagi tidak memandang ke arahnya. Izzul.
Ain cuba
Sebelum aku halau, baik kau keluar sekarang.. Izzul masih lagi ada rasa hormat
pada gadis itu. Kalau diikutkan hati marahnya, ingin sahaja dia menengking dan
halau gadis itu. Biar semua orang pandang ke arah mereka dan sekaligus
memalukan dirinya. Namun, dia tak boleh buat sedemikian kerana gadis itu pernah
bertakhta dalam hatinya sebelum ini. Dan dia tidak suka menyakitkan hati orang
yang pernah dia sayangi. Izzul, Ain. Sudah takde apa lagi yang nak
dibincangkan.. potong Izzul. Dia sudah malas untuk mendengar rintihan dari Ain.
Cukuplah! Dia sudah penat! Dulu, di saat dia masih perlukan gadis itu, Ain
hilang entah ke mana. Melarikan diri bersama seorang lelaki yang dia cukup
kenal! Saat dia merayu supaya gadis itu pulang ke pangkuannya, Ain hanya
menganggap dia seperti sampah! Dan sekarang, rasakan apa yang dia rasa selama
ini. Tiba-tiba.. TUK! TUK! TUK! Pintu diketuk. Masuk! arah Izzul. Shasha
membuka pintu dan masuk ke dalam. Encik Izzul, I am going to lunch. Just want
to inform you that you have an appoinmnet at 2 pm today.. Ok, noted. Thanks..
balas Izzul tersenyum. Did I have any work to do? tanya Shasha sambil tangannya
memegang planner. Dia sudah berdiri tegak di hadapan mereka. Bersedia untuk
mendapatkan tugas seterusnya. At the moment, no. I will call you later. Thanks
jelas Izzul lagi. Shasha hanya mengangguk dan meminta diri. Sebaik sahaja gadis
itu menutup pintu, Izzul kembali memandang ke arah Ain. Ada apa lagi? tanya dia lagi apabila melihat
Ain masih lagi tidak berganjak dari tadi. Lama mereka diam membisu. Ain minta
maaf. Ain doakan Izzul bahagia.. suaranya perlahan berkata lantas dia keluar
dari biliknya. Izzul hanya mengikut langkah Ain dengan ekor matanya sahaja.
Sebaik bayang gadis itu hilang, dia mengeluh. Maafkan Izzul Itu sahaja yang
termampu untuknya mengucapkan. Hatinya tidak mungkin akan kembali kepada gadis
itu. Dia bencikan kekecewaan dan kelukaan.
BAB 4
Alya Adriana memakirkan keretanya
di hadapan rumah. Sebaik keluar dia merasakan bahawa keadaan rumahnya agak
suram. Hatinya tiba-tiba jadi tidak tenang. Segera dia masuk ke dalam rumah.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan rumah yang menjadi
tunggang-langgang. Bersepah di sana
sini. Ada
serpihan kaca yang pecah di atas lantai rumah. Apa sudah jadi?Dia mencari
kelibat emak dan adik-beradiknya. Mak Amani.. Azizi.. mana korang? panggil dia.
Namun tiada langsung kedengaran suara yang keluar. Kakinya melangkah ke arah
bilik. Kosong.. Mana semua orang pergi? Hatinya semakin resah gelisah.
Selamatkah mereka? Adakah along datang menyerbu rumah mereka? Hatinya tidak
keruan. Kakinya melangkah pula ke dapur. Makk!? panggil dia lagi. Masih takde
sesiapa di ruang dapur itu. Rumah begitu bersepah. Dia risau! Peluh di dahi
mengalir. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran seseorang menyahut. Alya
perlahan suara itu kedengaran. Alya memandang ke arah pintu dapur. Kelihatan
Mak Jah jirannya datang dengan wajah sayu. Alya segera mendapatkan jirannya
itu. Mak Jah, mana mak dan adik-adik yang lain? Kenapa rumah saya bersepah ni?
tanya Alya kerisauan. Mak Jah masih lagi diam membisu. Mak Jah!! Mata Alya
sudah berair. Dia menggoncang tubuh wanita tua itu. Azizi Satu perkataan
akhirnya keluar dari mulutnya. Alya mengerut dahi. Kenapa dengan Azizi, Mak
Jah!? Kenapa dengan adik saya tu?? Azizi kena tikam dengan along. Sekarang ni
ada dekat hospital.. Alya rasa terpukul bila mendengar berita itu. Sekilas air
matanya jatuh ke bumi. Dia menggelengkan kepala. Tidak percaya. Alya jatuh
terduduk. Kepalanya tiba-tiba sakit. Dan tanpa dapat ditahan, dia pengsan di
situ.
*****
Mata Alya terbuka perlahan. Dia
melihat keadaan sekeliling. Disekitarnya ada mak, Amani, Pak Ahmad suami Mak
Jah dan Mak Jah sendiri. Masing-masing dengan wajah yang cukup risau. Dia
bingkas bangun. Alya panggil Mak Temah perlahan. Azizi mana mak?? Azizi mana!?
tanya Alya tidak sabar. Dia risaukan adiknya. Mak Temah hanya diam. Alya..
Azizi selamat. Keadaan dia stabil. Cuma dia masih tidak sedarkan diri.. jawab
Mak Jah apabila melihat maknya tidak mampu untuk berkata-kata. Amani pula dari
tadi dok termenung seorang diri. Alya mengucapkan syukur. Kerisauannya turun
semula. Dia memeluk maknya dan sejenak ibunya menangis teresak-esak. Mak..
kenapa boleh jadi macam ni? Pelukan mereka masih lagi erat. Mak Temah hanya
menggelengkan kepalanya sahaja. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa. Azizi cuba untuk
menyelamatkan Amani dari diperkosa. Terus dia kena tikam.. Mak.. mak.. hanya
mampu merayu tetapi mak juga dipukul teruk oleh mereka jelas Mak Temah. Alya
menangis. Kenapa semuanya perlu berlaku dalam jangkamasa yang dekat ini? Kenapa
perlu berlaku di saat dia tiada di rumah? Matanya masih lagi memandang Amani.
Wajah adik kesayangannya itu sugul dan tidak bermaya. Jelas ketara Amani begitu
stress dengan kehidupan mereka. Mujur Amani selamat. Mak.. Alya tidak mampu
untuk berkata-kata. Dia sudah tidak punya idea untuk berkata apa-apa. Mak dah
tak tahu nak buat apa, Alya. Mana kita nak cari duit lagi RM300,000? Dorang
kasik kita tempoh sebulan sahaja untuk selesaikan hutang ayah kamu tu jelas Mak
Temah lagi. Pelukan mereka terlerai. Wajah Mak Temah masih basah. Mak jangan risau
Alya akan cuba
dapatkan juga duit itu walau dengan apa cara sekalipun.. Alya janji mak! Alya
janji! Alya begitu bersungguh-sungguh. Dia sudah tekad. Dia perlu mengambil
tawaran itu. Soal kebahagiaan perlu ditolak ke tepi. Dia perlu selamatkan
keluarganya. Azizi dah masuk hospital, Amani hampir diperkosa buat kali kedua
dan lepas ni kalau mereka masih tidak boleh menyelesaikan masalah mereka, apa
akan jadi pada dia dan keluarga? Alya tekad.
*****
Esok paginya Alya bertemu dengan
Ainul di kantin. Aku terima tawaran kau tu, Ainul kata Alya membuatkan Ainul
terkejut. Gadis itu tersenyum gembira. Tangannya itu dipegang erat. Betul ke?
Betul ke apa yang kau cakapkan ini Alya? Alya mengangguk. Alhamdulillah! Ok..
hari Sabtu ni kau datang office Arif dekat Jalan Kangkar Tebrau. Kita jumpa kat
sana, ok?
beritahu Ainul. Sekali lagi Alya mengangguk setuju. Aku yakin pastinya Abang
Izzul akan terima kau! tambah Ainul lagi. Alya masih hairan, belum tentu lagi
lelaki itu akan menerimanya kerana mereka belum pernah berjumpa. Siapa nama dia
tadi? tanya Alya. Izzul. Muhammad Izzul Islam.. jawab Ainul. Alya terdiam
seketika. Indah sungguh nama tu. Harap sekiranya mereka berkahwin lelaki itu
tidak la sekejam mana. Aku tak mahu nanti keluar mulut harimau masuk mulut
buaya pulak bisik hati kecilnya. Tapi nanti kau jangan cakap kau nak kahwin
dengan dia sebab duit, ye? tiba-tiba Ainul memberi pesanan. Alya mengerut dahi.
Kenapa? Masakan la dia nak cakap begitu. Abang Izzul tak suka perempuan yang
nak kahwin dengan dia bukan sebab dia tetapi sebab harta dia.. jawab Ainul
lagi. Alya hanya mengangguk. Takde terniat di hatiku untuk mengambil harta
kekayaan seseorang. Tapi aku terdesak. Hanya jalan ini sahaja yang ada. Nak tak
nak aku kena terima juga. Lepas ni kalau something happen, biarlah aku seorang
yang menghadapinya. Asalkan keluarga aku selamat dan hidup bahagia. Err.. kau
yakin ke Abang Izzul akan terima aku? tanya Alya untuk mendaoatkan kepastian,
Dia tahu Izzul pastinya seorang yang cukup cerewet. Sempurna kononnya. Tapi dia
bukanlah sempurna seperti yang dikatakan Ainul. Banyak kelemahan yang dia ada.
Andai kata Izzul tak terima dia bagaimana? Ya Allah! Kau bantulah hambaMu
ini.Aku kena pastikan Izzul menerimaku. Aku perlukan duit itu untuk keluargaku
doanya dalam hati. Ainul hanya tersenyum. Sebab kau ada keistimewaan
tersendiri. Aku dah kenal kau lama, Alya. Aku pasti.. Izzul akan terima kau.
Salah satu sebab, kau mempunyai iras wajah gadis yang amat dia sayangi jelas
Ainul panjang lebar. Alya membuntangkan matanya terkejut. Benarkah? Ye?
Siapa?Kau pernah jumpa ke? Tak pernah. Tapi tak silap aku, Abang Arif pernah
beritahu aku pasal ex-girlfriend Abang Izzul. Dia pernah tunjukkan gambar
perempuan tu masa perempuan tu datang berkunjung ke rumah diorang masa raya.
Aku pernah cakap kat Arif yang wajah ex-awek dia tu ada iras kau kata Ainul
lagi. Habis tu, mana pergi ex-girlfriend dia tu? tanya Alya lagi begitu teruja.
Hem.. dah lari ikut lelaki lain.. jawab Ainul. Alya mengerut dahi. Jadi kiranya
mereka berpisah sebab perempuan tu curang? Kau tak rasa kalau dia jumpa aku,
dia akan rasa marah ke apa ke? Yelah, muka aku ada iras ex dia yang pernah
curang dengan dia! Alya semakin risau. Mana la tau, kerana muka serupa akan
effect padanya nanti? Lagipun mereka berpisah bukan sebab kematian ke apa ke
tetapi sebab kecurangan. Itu aku tak sure. Tapi instinct aku rasa kuat yang dia
akan terima kau! Takpelah, kita cuba
dulu ok? Ainul cuba
menenangkan perasaan Alya. Belum cuba
belum tahu, kan?
Alya hanya mengangguk. Semoga dia berjaya!
*****
Kenapa Alya perlu berkorban, nak?
Alya tak kasihan ke dengan mak? pinta Mak Temah meraih simpati. Dia tak mahu
anaknya mengambil jalan pintas hanya untuk menyelamatkan mereka sekeluarga.
Alya memegang bahu maknya. Alya terpaksa mak. Hanya dengan cara ini sahaja yang
mampu tolong kita. Alya tak mahu macam-macam perkara terjadi. Ayah pergi macam
tu aje. Dengan hutang piutang yang tak mampu dibayar. Lepas tu yang jadi mangsa
kita! Azizi tu hampir terkorban, mak! Alya tak nak apa-apa jadi pada mak, Amani
mahupun Azizi lepas ni jelas Alya lagi. Kelopak mata Mak Temah bergenang dengan
air mata. Dia begitu terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu. Sifat tulus
anaknya itu betul-betul lahir dari perangai arwah suaminya yang pertama.
Seorang yang sanggup berkorban untuk semua orang. Dia hanya mampu tersenyum.
Walau apapun yang berlaku.. mak doakan kau bahagia, nak.. kata Mak Temah
berdoa. Dia harap perkahwinan Alya ini akan bahagia walaupun dengan cara
sebegini. Doakan semoga lelaki itu menerima Alya, mak! balas Alya lagi. Mak
Temah mengangguk. Alya hanya tersenyum. Akak.. suara perlahan itu kedengaran.
Alya dan ibunya menoleh. Azizi sudah sedar dari koma. Segera mereka mendapatkan
Azizi. Amani yang duduk di sebelah katil Azizi memegang tangan adiknya. Azizi!
Kau dah sedar! Syukur alhamdulillah! doa Alya. Dia begitu gembira apabila
melihat adiknya sedar kembali. Azizi memandang ke arahnya. Bibirnya pucat dan
kering. Wajahnya juga pucat. Tangannya berselirat dengan wayar. Sakit-sakit
macam ni masih mampu lagi Azizi tersenyum. Akak nak buat apa? tanya Azizi
perlahan. Kesakitan di bahagian pinggang masih lagi terasa. Sesekali dia
mengaduh kesakitan apabila dia ingin bangun dari pembaringan. Alya dan Amani
membantu Azizi bangun. Perlahan-lahan, dik. Jahitan di perut tu masih belum
kuat.. nasihat Alya. Takpe, kak! Azizi kan
hero Sakit macam mana sekalipun, Azizi tetap kuat! seloroh Azizi membuatkan
mereka sekeluarga ketawa. Azizi memang seorang hero. Mereka bangga dengan adik
bongsu mereka itu. Azizi dengar akak nak kahwin.. Betul, ke? tanya Azizi lagi.
Matanya sayu memandang Alya. Alya gugup. Hem Alya hanya mengangguk. Sebab kami
ke kak? Pertanyaan Azizi itu membuatkan Alya terdiam seketika. Dia tak mahu
adiknya itu tahu soal ini. Eh takdelah! bohong Alya. Dia tak mahu
adik-beradiknya risau. Habis tu kenapa tiba-tiba akak nak kahwin? Dengan siapa?
Akak kan
takde calon lagi. Sebelum ni akak tak pernah cakap pun soal ni pada kitorang
ayat Azizi itu seolah-olah merajuk. Amani dan Mak Temah hanya diam sahaja.
Mereka tak mahu masuk campur. Biarlah Alya sahaja yang bercakap. Akak dah lama
nak cakap soal ni. Tapi belum ada masa yang sesuai, dik.. bohong Alya lagi.
Rasa serba salah mula mencengkam. Tetapi dia takde cara lain lagi dah. Dengan
siapa, kak? Dia pernah datang ke rumah? Azizi masih tidak berpuas hati. Dia
perlu tahu siapa lelaki itu. Adakah Abang Aizat? Lelaki yang pernah sukakan
kakaknya itu? Adakah lelaki itu sudah kembali? Azizi akan tahu nanti Alya masih
lagi ingin berahsia. Belum tiba masanya untuk memberitahu siapakah gerangan
lelaki yang bakal dia kahwini. Satu hari nanti mereka akau tahu jua. Biarlah
urusan aku dengan dia selesai dahulu hati Alya berbisik. Azizi hanya
mengangguk. Dia kenal kakak tirinya ini. Alya memang suka berahsia. Namun di
sudut hatinya, dia begitu mengagumi Alya. Kakak yang paling dia sayangi
meskipun mereka berlainan ayah.
BAB 5
Alya menanti dengan sabar di
bilik menunggu. Tangannya agak sejuk. Dia cuba untuk mententeramkan
perasaannya. Walaupun begitu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan
sekiranya mereka bertemu secara face to face. Dia gelisah. Ainul datang bersama
dua orang lelaki yang smart dengan memakai kot hitam ke bilik menunggu. Alya
hanya memerhati ke arah dinding kaca. Spontan dia bangun dari dudukan. Pintu
bilik di buka. Inilah kawan Ainul.. kata Ainul lantas memperkenalkan dia kepada
dua orang lelaki tersebut. Salah seorang hanya tersenyum memandangnya. Dan yang
seorang tu pulak hanya memandang tajam. Dari raut wajah mereka, yang memandang
tajam itu lebih kacak dari yang seorang lagi. Pastinya yang kacak dan hensem
ini adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Ainul sebelum ini. Tapi.. dia macam
pernah lihat lelaki ini suatu ketika dulu. Salam perkenalan, Cik Alya! tegur
lelaki yang tersenyum itu. Ini mesti Arif, bisik hatinya. Salam perkenalan..
jawab Alya. Alya.. ini la bakal husband aku, Arif. Dan ini abang dia, Izzul..
Ainul memperkenalkan mereka kepadanya. Alya hanya tersenyum sahaja. Namun
apabila matanya tertancap pada lelaki yang memandangnya tajam itu, jantungnya berdegup
kencang. Ada
perasaan lahir dari lubuk hatinya. Yes! Dia sudah ingat! Rasanya lelaki inilah
senior dia sewaktu di UTM dahulu. Oh, namanya Izzul. Dulu adalah kawan-kawan
dia sebut nama lelaki di hadapannya ini. Tapi, dia lupa sudah! Tak pernah
sekalipun dia ada niat dan ada hati untuk mengetahui nama sebenar lelaki itu
selama ini. Dan lelaki itu tak pernah tahu nama dia juga. Di kolej dulu,
kawan-kawan dia memanggil Izzul tu Abang Macho. Macho la sangat, kan? Izzul, lelaki yang
berlagak bagus dan digilai ramai di kolej mereka. Pernah juga mereka bergaduh
setiap kali berjumpa. Siapa boleh tahan bila ayat berbisa keluar dari mulut
macho mamat depan dia ni! Tetapi sebisa-bisa ayat yang dilemparkan lelaki itu,
dalam hatinya sudah terdetik rasa suka pada lelaki di hadapannya itu. Cuma
perasaan itu disimpan sahaja. Tapi tu dulu la, sekarang perasaan tu dah takde
lagi! Lagipun satu sem je mereka bertemu kerana lelaki itu sudah menamatkan
pelajarannya di situ. Tak sangka bertemu di sini. Tetapi, bukan Izzul dah ada
awek ke? Cun pulak tu. Orang cakap awek dia tu ada iras dia. Apa-apa ajelah!
Hem..sudah tak ingatkah Izzul pada dia lagi? Memang la dia tak kenal kau Alya
ooooiii..! Dulu kan
kau tu tomboy tahap high class. Pakai seluar beggie, baju jenama nike.. saiz XL
lagi dan cap terbalik jenama cap ayam kau tu memang tak pernah sekalipun lekang
dari kepala kau walau kemana saja kau pergi! Dah tu, time kau bercakap.. mahu
satu levelorang boleh dengar suara kau tu. Yang pekak pun boleh terus sihat!
Kalau kau ngorat mamat depan kau ni time tu, confirm dia reject kau terus
agaknya!.. kutuk dirinya. Tapi Itu dulu la.. sekarang Alya dulu dah insaf. Alya
dulu dah jadi perempuan melayu terakhir, doh! Tak main la seluar beggie, baju
saiz XL. Cap tu pun dia tak tahu mana dia letak? Dah masuk tong sampah
agaknya!? Sekarang ni baju blous, baju kurung. Dah takde ayat-ayat kasar. Alya
sekarang dah jadi perempuan asli.. 100% asli! Hahahaseloroh dia lagi dalam
hati. Jadi awak ni la Alya? Yang Ainul sebut-sebutkan tadi? tanya Izzul itu.
Pandangannya masih lagi tajam. Walaupun wajahnya agak serius namun masih
terserlah kekacakkanya di sebalik kaca mata. Rambutnya yang lebat dan panjang
di sisir ke tepi dan kelihatan agak terserlah dan kemas. Izzul sekarang lebih
handsome dan smart dari Izzul yang dulu. Abang Izzul, Alya ni banyak
keistimewaan dia tau. Dia rajin, anak yang baik, bekerjaya, pandai masak,
cantik pulak tu puji Ainul panjang lebar. Sengaja memancing perhatian Izzul
kepada Alya. Ah! Sudah minah ni.. bertan-tan la pulak pujian dia.. bisik Alya
kerisauan. Dia bukan seperti yang Ainul cakapkan itu. Dia tidaklah begitu
sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Wah! Yeke? Untung la along
macam tu, kan?
usik Arif pula. Matanya sengaja dijelingkan kepada Izzul yang masih lagi diam
membisu. Alya cuba
mengalihkan pandangan dari terus memandang Izzul. Hatinya menjadi resah dan
serba tak kena. Pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai
nak gugur jadinya. Ah! Rasanya ini kali pertama dirinya dipandang sebegitu. Lebih-lebih
lagi dengan mamat yang hensem macam Izzul. Lagilah dia macam cacing kepanasan.
Rasa seronok apabila menjadi salah seorang calon untuk Izzul tetapi hendakkah
lelaki itu pada dia? Berminatkah dia? Jangan dia sorang-sorang syok sendiri
sudah la! Kalau dahulu, pandangan Izzul padanya selama ini penuh dengan rasa
kebencian. Masakan tidak, depan awek dia boleh la tunjuk macho. Nak jaga
standard yang kononnya dia tu perfect sangat! Pigiraaahh!! Along, kenapa
pandang-pandang je? Tegur-tegur la.. ajak Alya keluar makan ke apa ke sekali
lagi Arif cuba
memancing perhatian Izzul pada Alya. Alya hanya diam membisu. Sekadar tersenyum
walaupun senyuman itu senyuman paksa dan takut-takut. Ainul dan Arif sudah
merasakan yang impian mereka bakal menjadi kenyataan apabila melihat pandangan
Izzul kepada Alya. Jarang sekali dia memandang calon-calon sebelum ini
sebegitu. Alya, jom kami bawa kau ke Jusco
Tebrau City
nak tak? Leh tengok wayang bersama. Aku dengan Arif, kau dengan Abang Izzul.
Sesuai sangat la! sampuk Ainul apabila bosan menunggu reaksi mereka berdua.
Dari tadi senyap tanpa berkata apa-apa. Suka kah? Atau tak suka kah? Adoiii
Aku.. aku.. Alya tidak mampu berkata-kata. Belum sempat dia menghabiskan ayat,
tangannya ditarik keluar dari bilik. Arif hanya mengekori mereka. Pandangan
Alya masih ke arah Izzul yang masih tegak berdiri memandangnya. Tengahari itu
mereka bergegas ke Jusco
Tebrau City.
***** Sepanjang perjalanan, mereka berdua di belakang hanya diam membisu. Hanya
kedengaran suara Ainul dan Arif berbual bersama. Alya semakin resah duduk
berdua-duaan dengan Izzul di belakang lebih-lebih lagi bila kaki mereka
sekali-sekala bersentuhan. Apabila matanya menerjah ke wajah lelaki itu, Izzul
begitu leka memandang ke luar. Macam takde mood je nak berbual-bual dengan dia.
Sombong betul mamat sebelah aku ni. Dari tadi diam je. Ada emas ke dalam mulut dia tu? Alya
menganggar sendiri. Mana taknya, dari office lagi langsung tak keluar sepatah
perkataan pun dari mulut lelaki di sebelahku ni.Kalau dulu, setiap kali jumpa,
tak cukup air liur rasanya dia bila bercakap dan bertekak dengan aku!Haish!
Apesal mata mamat ni asyik dok mengerling tajam ke arah aku dari tadi ni? Macam
ada yang dia tak puas hati je? Kalau tak suka cakap aje la terus-terang. Tak
payah biar aku sorang-sorang je terkontang-kanting kat sini Entah-entah dia
ingat aku lagi tak? Sebab tu dia buat bodo jek tambah dia lagi dalam hati.
Sekilas dia menjeling memandang ke hadapan. Menyampah! Kalau di kolej dulu,
Izzul memang pantang berjumpa dengannya. Ada
je benda yang nak dijadikan bahan untuk bergaduh. Dah macam anjing dengan
kucing je jadinya!Tapi bila mamat ni dah blah, dia rasa sunyi pulak sebab takde
orang nak bergaduh. Dan masa tu dia rasa dia dah syok habis kat mamat ni! Cuma
dia dah terlewat! Sebab mamat ni, dia berubah. Terus start pakai tudung, pakai
blous.. pakai baju kurung.. dah tekad nak jadi perempuan melayu terakhir dah
time tu. No more ayat otai.. no more ayat kasar No more! Not at all..
Alhamdulillah.. Alya.. lama ke kerja dekat Kilang Z&C Electronic dengan
Ainul? soalan Arif tiba-tiba memecahkan suasana yang dari tadi senyap sunyi.
Mata Arif memandang ke cermin pandang belakang. Alya tersenyum. Haah, lama
jugak la. Ada
la dalam 4 tahun jelas Alya. Arif hanya mengangguk. Kami kenal masa sama-sama
practical kat situ, abang.. sampuk Ainul pula. Arif mengangguk lagi. Kira ayang
dah kenal lama dengan Alya, la? Kenapa tak kenalkan lebih awal lagi tak payah
kita cari orang lain sebagai calon untuk Along. Kan
Along kan?
sengaja Arif mengusik abangnya. Muka Alya di sebelah dah mula merah menahan
malu. Alah, kalau kenal awal pun belum tentu dia terima aku. Aku pun boleh tahu
taste dia macammana.. bisik hati kecilnya lagi. Hem.. balas Izzul. Perlahan
saja. Macam nak tak nak layan je nampaknya. Alya ada berapa orang adik-beradik?
sekali lagi Arif bertanya. Sengaja meramah-tamahkan perbualan. Tak mahu keadaan
di dalam kereta senyap sunyi. Dia hairan melihat alongnya yang seolah-olah
takde mood untuk keluar bersama mereka. Adakah kerana Alya ni tidak menarik
perhatian dia? Atau kerana wajah Alya seiras wajah Ain, salah satu wanita
pertama dan terakhir yang dia paling sayang suatu ketika dulu? Mungkin la
agaknya Hem, Alya anak tunggal. Tapi Alya ada dua orang adik-beradik tiri..
jawab Alya tanpa berselindung. Soal keluarga baginya amat sensitif untuk
diperkatakan. Salah satu sebab dia menerima permintaan Ainul untuk cuba
nasib menjadi calon pilihan Izzul pun atas sebab keluarga. Namun dia takkan
sesuka hati bercerita soal itu di hadapan Izzul kerana takut lelaki itu tak
suka. Ooo.. adik-beradik berlainan ayah dan ibu, ke? semakin seronok pula Arif
untuk mengetahui latar belakang si Alya. Kenalah tanya. Untuk abang dia juga.
Kalau nak harapkan Izzul bertanya, harammm.. Tak, adik-beradik berlainan ayah
tetapi mak yang sama. Ayah Alya dah lama meninggal. Beberapa tahun kemudian
lepas kematian ayah, mak kahwin lain dan lahirkan adik-adik Alya ni.. jawab
Alya lagi. Dia agak senang dengan Arif berbanding Izzul. Perangai mereka berdua
jauh berbeza. Arif, walaupun dia tidak sekacak Izzul tetapi dia memiliki
senyuman yang cukup manis. Sekali senyum boleh cair rasanya. Dan Arif seorang
yang peramah dan pandai melayan. Tetapi bila dilihat pada Izzul, lelaki itu
langsung tidak ada ciri-ciri yang boleh diberikan pujian. Mungkin hanya
kekacakkan wajahnya sahaja. Kalau dari segi perangai dan tingkah-laku, Arif
lebih mudah didekati. Kenapa you nak jadi calon isteri I? tiba-tiba soalan itu
keluar dari mulut Izzul setelah agak lama dia mendiamkan diri. Oh! Pandai pulak
dia berkata-kata. Ber-I-You lagi kau! Terkejut aku! Dulu kau-aku beb.. Sekarang
I-You.. Wowooo Haish! Ingat kat mulut tu ada lombong emas, sampai nak cakap
satu patah perkataan pun agak payah! kutuk Alya dalam hati. Haaa.. akhirnyaa
Arif menyampuk sambil ketawa. Izzul sengaja buat bodo sahaja dengan reaksi Arif
itu. Matanya masih lagi memandang Alya. Dia perlukan jawapan ikhlas dari gadis
di sebelahnya ini. Dia hairan, kalau diikutkan kecantikan rupa paras, Alya
ternyata lebih cantik dari calon-calon yang diperkenalkan oleh Arif dan Ainul
pada dia sebelum ini. Gadis itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang
bilamana setiap kali dia memetik jari, 10 orang yang akan datang melutut
padanya. Alya diam. Ainul dah gugup di hadapan. Dalam hati dia berdoa jangan
Alya memecah rahsia mereka. Err sebab saya.. saya.. Alya takde idea untuk
memberi alasan apa. Sebab? kening Izzul yang lebat diangkat. Dia sekadar
menguji. Sebab dah tiba masanya untuk saya mencari jodoh selamba Alya menjawab
soalan Izzul itu. Pergghh begitu skema sekali jawapan. Kalau difikirkan balik,
bukan itu jawapan sebenar. Jawapan sebenar sebab dia nak dapatkan duit
RM500,000 tu untuk familynya. Itu target utama. Izzul sekadar mengangguk faham.
Samada dia berpuas hati atau tak, itu belakang kira. Apa yang penting harap
selepas itu dia takkankeluarkan lagi soalan yang berbaur peribadi.
*****
Mereka bergerak menghampiri
kaunter untuk membeli tiket wayang di TGV Cinema. Masing-masing memerhatikan
sahaja skrin televisyen untuk melihat carta tayangan yang sedang dan bakal ke
udara. Masing-masing berbincang untuk menonton cerita apa sebelum membuat
keputusan. Dan akhirnya semua bersetuju untuk menonton Transformers: Dark of
the Moon 3D. Sewaktu ingin membayar, Izzul awal-awal sudah mengeluarkan not RM
100 untuk mereka berempat. Alya agak terharu. Hem.. Sesombong-sombong mamat ni,
dia pemurah jugak! Harap masa kahwin nanti, aku boleh bahagia bersama dengan
Izzul. Ceh perasan sungguh! Belum apa-apa lagi dah berangan! Mamat ni belum
bagi kata putus lagi, Alya! Kau jangan nak perah santan pulak! Kalaulah dia
tahu kau ni minah tomboy yang suka cari pasal dengan dia dulu, entah-entah kau
pun calon yang akan dia reject nanti! Baik kau jangan menaruh harapan sangat.
Yang penting buat rileks je. Koman-koman kalau kena reject, takde la kau
menangis tak berlagu nanti. Alah, setakat tonton wayang macam ni apa dia hairan
kalau hanya keluarkan seratus dua.. Kata Managing Director..! Kalau disuruh
beli panggung wayang ni pun dia boleh!Keh keh keh.. seloroh hati Alya dalam
hati. Thanks, Izzul ucap Alya sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari
panggung wayang. Tayangan start pukul 3 petang. Sempat la mereka pergi makan
dulu untuk mengisi perut. Dari tadi perut dia dah berkeroncong minta disi.
Izzul hanya diam. Senyum pun tak, geleng pun tak, angguk pun tak, apa pun tak!
Adeh Mahal sangat dia punya senyuman ni! Arif dan Ainul dah berjalan jauh ke
hadapan. Sekarang ni dia dan Izzul berdua. Tetapi alngkah bosannya hidup. Mamat
ni jual mahal sangatlah? Takde class kot keluar dengan minah yang sederhana
macam aku ni. Hanya setakat berbaju t-shirt harga 20 ringgit yang dibeli dekat
pasar malam hari tu dan seluar jeans lusuh jenama Ladylike ni, pandang sebelah
mata pun dia tak hairan.. sempat lagi Alya memerhatikan pakaiannya. Nak compare
pakaian dia dengan mamat di sebelahnya ni. Hem.. baju dia agak class jugak!
Berbaju t-shirt round neck jenama DKNY, seluar jeans jenama Levis. Agak-agak ada dalam 200 ringgit seluar
jeans dia ni. Perghh.. dengan harga 200 ringgit tu dia boleh beli 5 lagi seluar
jeans kat Jusco ni time sales. Huhuhu. Eh, selendang Shawl Ariani yang aku
pakai ni mahal tau! 150 ringgit lagi untuk satu set dengan inner skali. Tu tak
termasuk harga postage. Hahaha.. . Alya tiba-tiba ketawa sendirian. Izzul yang
terperasan menegur. Kenapa tiba-tiba gelak? tanya Izzul. Alya sedar dirinya
diperhatikan. Segera dia menggeleng laju. Err.. takde apa-apa jawab gadis itu
serba salah. Lawak pulak bila terkenangkan perangainya tadi. Sudah-sudah la nak
berangan Alya! Target kau sekarang ni nak memastikan agar date kali ini
berjaya! Kau mesti dapatkan Izzul, demi keluarga.. demi percintaan kau yang tak
tercapai dulu.. oooppss! No no no.. demi keluarga sebenarnya okeh! janji dia
dalam hati. Izzul mengerut dahi. Entah apa gilanya gadis sebelah dia ni
tiba-tiba ketawa sendirian. Tetapi, cantik! Wajahnya persis seperti Ain.
Rasanya lagi cantik dari Ain. Wajah Alya seperti kacukan Melayu-Arab. Mata
besar, hidung mancung, alis mata yang lebat dan panjang dan mempunyai senyuman
yang cukup menawan. Izzul masih lagi memerhatikan gadis itu dengan ekor
matanya. Wajahnya sangat bersih dan putih. Hem, macam pernah dia lihat gadis
ini. Tapi dimana, ya? Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila gadis itu
mengerling ke arahnya. Seraya dia melarikan matanya ke tempat lain. Alah!
Secantik mana pun dia, tak semestinya dia mempunyai kesempurnaan seperti yang
aku inginkan. Masih panjang lagi masa untuk aku mengenali gadis sebelah aku ni.
Banyak lagi benda yang perlu aku tahu mengenai Alya. Tapi.. kenapa mulutku
seakan-akan berat untuk berkata-kata? Malukah aku padanya? Oh, tidak! Izzul
mana kenal erti malu. Kalau malu, tentunya aku tak layak pegang jawatan aku
sekarang ni. Tapi sumpah! Dia macam pernah tengok gadis ini.. bisik hati Izzul.
Jauh benar mereka menapak mengekori Arif dan Ainul. Tak diketahui kemana arah
tujuan mereka sekarang ni. Angah! panggil Izzul. Arif yang sibuk bersembang
dengan Ainul mengalih. Kakinya berhenti melangkah. Begitu juga Ainul. Apa,
long? tanya Arif kehairanan. Kita nak kemana sebenarnya ni? Penat dah along
ikut korang berdua.. rungut Izzul. Dia memeluk tubuh. Arif dan Ainul saling
berpandangan. Hem.. boleh tak kita cari kedai makan yang sedap kat sini? Along
laparlah! tambah dia lagi sambil tangannya memegang perut. Err.. along, Arif
nak temankan Ainul ke Jusco kejap. Dia nak beli barang kosmetik. Apa kata kalau
along bawa Alya pergi makan dulu? Nanti dah habis beli barang, kitorang datang
jumpa along dengan Alya. Boleh? Arif sekadar memberi cadangan. Dia sengaja buat
macam tu. Nak bagi peluang untuk Alya dan abangnya mengenali antara satu sama
lain. Arif tahu mereka berdua sudah nampak ketara mempunyai perasaan meminati
antara satu sama lain cuma masing-masing malu. Hah!? Aku dengan Alya? Alaa
Izzul serba-salah. Alya di sebelah pun nampak seperti cacing kepanasan. Takkan
mereka berdua nak makan berdua kejap lagi, kot? Mereka masih lagi melangkah
mendekati Arif dan Ainul. Boleh la Abang Izzul. Kejap je Ainul dengan Arif
pergi beli barang. Dah habis nanti kitorang contact la Abang Izzul makan kat
mana sampuk Ainul pula. Alya, kau temankan Abang Izzul, yek? pinta Ainul
membuatkan Alya kerisauan. Tapi Alya tak tahu nak cakap apa. Harapannya tatkala
itu hanya mahukan Ainul bersama mereka. Dia tak sanggup nak berjalan
berdua-duaan bersama Izzul. Mereka masih lagi belum ada keserasian. Ala kejap je.. Dalam
setengah jam macam tu. Korang berdua pergi la makan-makan dulu. Sekarang baru
pukul 12 tengahari. Ada
banyak lagi masa sebelum wayang start. Nanti kita jumpa ye? pujuk Ainul lagi.
Dia berharap agar Alya bersetuju dengan cadangannya. Alya mengetap bibir.
Matanya memandang ke arah Izzul yang juga tampak jelas kerisauannya. Kitorang
pergi dulu, ye? Terus Arif dan Ainul jalan berpimpinan tangan meninggalkan Alya
dan Izzul yang tercegat di situ. Bayang mereka hilang di sebalik orang ramai
yang membanjiri Mall itu. Masing-masing masih lagi tercegat kaku. Alya hanya
diam membisu. Kita nak kemana? Izzul memulakan perbicaraan. Alya tak kisah.
Ikut je.. jawab Alya. Izzul mengangguk lantas bergerak meninggalkan Alya di
belakang. Gadis itu mengeluh lantas mengekori jejak langkah Izzul. Ceh! Blah
macam tu aje? Bukan nak ajak sekali! rungut hati Alya. Terbit rasa kecewa di
situ bila melihat Izzul tidak seromantik Arif. Mereka bergerak ke arah
bertentangan dari jalan yang mereka lewati tadi. Izzul masih tercari-cari kedai
makan mana yang dia ingin singgah. Dan Alya hanya ikut sahaja. Sesekali dia
berlari-lari anak apabila Izzul bergerak agak laju meninggalkan dia jauh ke
belakang. Arif dan Ainul hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh.
Masing-masing dah ketawa terkekek-kekek di situ. Sekilas tangan mereka saling
bertepukan. Sebenarnya mereka berdua sengaja buat alasan sebegitu untuk memberi
ruang Alya dan Izzul berdua-duaan. Kalau asyik dok ikut buntut diorang, macam
mana nak kenal? Abang rasa Abang Izzul suka tak dekat Alya tu? tanya Ainul
mendapatkan kepastian daripada pakwenya. Abang Izzul nampak lain sikit kali ni.
Takde melenting-lenting setiap kali dia jumpa dengan calon yang abang kenalkan
pada dia sebelum ni. Kalau tengok reaksi mereka berdua tu, abang rasa diorang
tu suka sama suka. Cuma masing-masing malu-malu kucing. Confirm jadi la! Arif
begitu excited. Ainul hanya mengangguk. Juga merasakan apa yang Arif rasakan.
Harap Alya dapat memenangi hati Abang Izzul. Kalau berjaya, banyak masalah akan
selesai.
BAB 6
Alya memandang sekitar restoran
yang mereka duduki sekarang ini. Dia sendiri tidak mengetahui kenapa Izzul
memilih untuk makan di Kinsahi Japanese Restaurant. Adakah kerana dia gemarkan
makanan Jepun? Sumpah! Alya tak pernah makan makanan Jepun sebelum ini. Ini
adalah kali pertama dan dia agak janggal. Takut-takut tekaknya tidak boleh
menerima makanan dari negara matahari terbit itu. Dan yang paling diragui,
adakah halal? Ahh pening memikirkan. Sebaik sahaja pelayan memberikan mereka
menu, Alya membelek menu tersebut. Nampak macam menyelerakan tetapi dia tidak
tahu yang mana satu sedap. Izzul yang dari tadi membelek akhirnya memberi
pesanan. Gintara Teriyaki Bento 1 set and orange juice, please? pesan dia. Alya
mengerut dahi. Apa tu? Makanan apakah itu? Alya semakin gugup mencari menu apa
untuk dimakan. Dia tak tahu nak makan apa. Alya nak makan apa? tanya Izzul
apabila melihat Alya masih lagi dok membelek menu di tangan. Gadis itu seperti
hilang punca. Izzul hanya tersenyum. Tetapi sayang, senyuman itu tidak sempat
dilihat oleh Alya kerana dia agak kalut mencari makanan apa yang dia ingin
pesan. Err samalah! Pendek sahaja jawapan Alya. Segera menu di tangan ditutup.
Dari dia memesan yang pelik-pelik, baik dia makan aje apa yang Izzul dah order.
Izzul sekali lagi memesan kepada pelayan itu untuk memberikan mereka 2 set
makanan dan air yang sama. Pelayan itu hanya mengangguk lalu mengambil menu di
tangan mereka dan beredar. Alya dah tawakal. Dia tidak pernah makan di
mana-mana restoran Jepun sebelum ini. So, semuanya dia ikut sahaja. Mata Izzul
memandang tepat ke arahnya. Masih tajam dan serius. Pandangan itu membuatkan
Alya jadi tak keruan. Tangannya sibuk memintal alas meja kerana agak tidak
selesa dengan pandangan Izzul padanya. Aiseh mamat ni. Kalau tak kasik jelingan
menggoda macam tu boleh tak? Bikin jantung aku rasa nak luruh rasanya kutuk
Alya dalam hati. You tak pernah makan kat sini, ke? tanya Izzul memulakan
perbualan. Err.. tak! cepat sahaja dia membalas. Sekali lagi Izzul tersenyum
sinis. Ketinggalan zaman betul minah ni bisik Izzul dalam hati. Wah! Sinisnya
senyuman! Mesti dia dah start pandang rendah dengan aku ni..kali ini Alya pulak
mengutuk. Try la makan. Makanan jepun adalah salah satu makanan favourite saya
jelas Izzul. Patutlah pun. Kalau aku, jangan harap nak makan kat sini. Takut
tak kena dengan tekak aku yang hanya boleh terima masakan Melayu je. Buat apa
nak paksa diri makan kat tempat yang pelik-pelik macam ni. Nanti membazir la
pulak! bisik hatinya lagi. Alya hanya mengangguk tersenyum. Tangannya dari tadi
masih lagi memintal-mintal alas meja. Oooo.. kira selalu la awak makan makanan
Jepun ni ye? Alya sekadar berbahasa-basi dengan Izzul. Karang kalau senyap je,
bosan pulak mamat depan dia ni. Izzul hanya mengangguk. I dulu pernah duduk kat
Jepun selama setahun Izzul sudah memulakan ceritanya. Alya semakin teruja untuk
mendengar. Awak buat apa kat sana?
Saje.. berehat.. Teringat Izzul kenangan lama. Kerana kecewa dengan cinta Ain,
dia melarikan diri ke Jepun. Dan sejak itu dia berdendam dengan PEREMPUAN! Dan
tiba-tiba dia teringatkan kedatangan Ain ke pejabatnya beberapa hari yang lalu.
Ooo.. mesti cantikkan tempat-tempat kat Jepun tu? pertanyaan Alya membuatkan
Izzul kembali ke alam nyata. Yeps, paling best masa musim bunga kat Tokyo. Seronok tengok
bunga-bunga yang kembang menyerlahkan lagi panorama pemandangan di Tokyo terutama sekali
bunga sakura. Cantik sangat! Alya tersenyum. Dari segi penceritaan lelaki itu,
dia tahu lelaki itu amat sukakan Jepun. Selang beberapa minit kemudian, makanan
mereka sampai. Alya hanya melihat sahaja makanan di hadapannya. Nampak sedap
tetapi dia agak takut-takut untuk makan. Izzul sudah mula menjamah makanannya.
Kenapa tak makan? tanya Izzul hairan. Err.. sedap ke? tanya Alya balik.
Tangannya masih lagi memegang garpu dan pisau tapi masih belum mampu untuk
potong dan memasukkan daging ikan itu ke dalam mulut. Izzul tiba-tiba ketawa.
Lawak ke? Pertama kali dia melihat lelaki itu ketawa. Kacaknya.!!! Giginya
putih tersusun. You ni lawaklah! Makan aje la, bukan ada racun pun! Segera dia
memotongkan daging ikan itu di hadapan Alya. Kemudian disuakan sepotong ke arah
gadis itu. Rasalah! ujar dia. Alya yang malu-malu hanya mengangakan mulutnya
dan mengigit makanan yang disuakan oleh Izzul. Pertama kali dia rasa adegan
mereka itu agak romantik. Mukanya merona merah. Dia mengunyah daging ikan itu.
Macam mana? Sedap? tanya Izzul mendapatkan pendapat Alya. Alya mengangguk.
Sedap. Ni ikan apa? Sekilas, Alya memotong ikan itu lagi dan masukkan ke dalam
mulutnya. Izzul tersenyum. Dia menyambung menikmati makanannya. Ni Ikan Kod.
Pernah dengar? Alya menggelengkan kepala. Ikan apa tu? Ikan Kod ni macam Ikan
Dory juga. Ikan Kod ni hidup di samudera dan merupakan salah satu ikan yang
banyak dimakan. Hati Ikan Kod diproses untuk menghasilkan minyak sebab Ikan Kod
merupakan ikan kedua yang mempunyai kandungan minyak terbanyak setelah Ikan
Hiu. Orang Jepun suka menggunakan Ikan Cod dalam masakan mereka kerana minyak
dari Ikan Cod merupakan minyak essential yang mengandungi banyak nutrisi
penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dalam supplement minyak ikan
biasanya terkandung asam lemak kaya manfaat seperti Omega 3 (EPA & DHA),
Vitamin A dan Vitamin D. Salah satu sumber DHA & EPA ALAMI adalah
supplement minyak ikan dari hati Ikan Kod atau sering disebut Cod Liver Oil.
Ikan Kod ni pun selalu juga dijadikan fish and chips. jelas Izzul panjang lebar. Alya agak kagum
dengan lelaki di hadapannya ini. Ketara lelaki ini jenis yang rajin membaca.
Banyak pengetahuan yang dia ada rupanya. Alya masih lagi melayan makanannya.
Dia sukakan sos yang disapu pada Ikan Kod itu. Yang ni sos apa? tanya Alya.
Rasanya sedap. Yang ni sos teriyaki. Di Jepun, makanan mereka banyak pakai sos
teriyaki. Sos teriyaki ni selalunya akan dicurahkan kepada daging yang telah
dipanggang. Kadangkala sos ini digunakan pada kepak ayam atau digunakan sebagai
pencicah. Untuk membuat sos teriyaki, hanya memerlukan kicap, gula, dan mirin.
Tapi mirin haram sebab mengandungi alkohol sekitar 14% dan 40%-50% kandungan
gula. Kandungan alkohol yang terdapat pada mirin dapat menghilangkan rasa
hanyir pada ikan dan mengurangkan risiko bahan makanan hancur ketika dan
selepas dimasak. Mirin juga digunakan untuk menambah rasa manis pada bahan
makanan yang dimasak, mengilatkan bahan makanan yang dimasak cara teriyaki dan
menambahkan haruman pada masakan Alya terhenti sebentar. Habis tu, makanan yang
dia makan ni haram ke? Izzul sedar akan reaksi Alya yang terganggu apabila
mendengar penjelasan darinya mengenai mirin. You jangan risau, sos teriyaki
selalunya telah diubahsuai agar tidak menggunakan mirin dalam masakan Jepun.
Kat sini, mirin digantikan dengan kicap cair atau soyu, kicap manis dan madu.
Lagipun kat entrance tadi tu dah sah-sah ada logo halal dari JAKIM. So, tak
perlu kita ragu-ragu makan makanan kat sini tambah dia lagi. Alya kembali
mengangguk. May I ask you something? tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut
Izzul. Alya menelan liur. Soalan apakah yang bakal ditujukan padanya itu?
Soalan apa? tanya Alya kembali. Have we met before? Your face looks familiar..
balas Izzul mendapatkan kepastian. Sekali lagi Alya menelan liur. Ah! Sudah!
Er.. Nope! I thought this is the first time.. bohong Alya. Tak nak Izzul
bersangkal buruk soal itu. Izzul mengangguk faham. Dia menghela nafas lega.
Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi. Lelaki itu mengeluarkan Iphone 4 dari kocek
seluarnya. Hello, Angah. Yes, lambat lagi? mata Izzul menjeling ke arah Alya.
Alya memperlahankan kunyahannya. Nampak macam serius je? Hai, diorang ni macam
sengaja mengenakan mereka sahaja. Jumpa kat wayang pukul 3 nanti? Hem.. ok..
ok! Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, sekilas Iphone 4 diletakkan di atas
meja. Keluhan dilepaskan. Kenapa? Diorang tak jadi datang ke? tanya Alya tidak
sabar. Izzul mengangguk. Diorang cakap lambat lagi nak datang sini. Diorang
suruh kita jumpa kat panggung wayang je nanti.. jawab Izzul. Alya diam. Adoiiii
Dilihat Izzul membelek jam di tangan. Sekarang dah pukul 2. Ada sejam lagi sebelum wayang nak bermula.
Kita nak kemana lepas ni? tanya Izzul semula. Makanan mereka sudah habis
dimakan. Alya sedang sibuk menghabiskan sisa orange juice yang dipesan sebelum
menjawab soalan Izzul itu. Kita solat Zohor dulu, nak? Lepas tu baru kita
fikirkan kemana kita nak lepak lepas ni, boleh? jawab Alya. Izzul terdiam. Agak
lama baru dia mengangguk setuju. Setelah membuat pembayaran, mereka segera
bergerak mencari surau. Alya amat berterima kasih kepada Izzul sebab sudi
belanja dia makan dan tengok wayang. Kira hari ni free-free sahaja dia keluar
date dengan lelaki itu. Untungnya! ***** Seusai selesai solat, Izzul segera
menunggu Alya di luar. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Lagi
setengah jam. Dia mengeluarkan iphone 4 dari dalam kocek dan terus membuat 3G
dengan Arif. Sebaik video call diterima, terpancar wajah Arif di skrin. Angah,
kau kat mana? tanya Izzul apabila melihat Arif seperti berada di tempat yang
agak asing. Arif hanya tersengih sahaja. Kau kata kat Jusco? Apa cerita ni,
bro? Izzul agak tidak berpuas hati apabila dia dan Alya dipermainkan. Ala, along.. aku sengaja
tinggalkan kau dengan Alya. Kalau korang berdua asyik ikut kitorang, macam mana
korang nak mengenali antara satu sama lain.. jawab Arif. Ceh! Sabar ajelah!
Habis tu kau kat mana tu? Rasa tak puas hati dia masih lagi tersisa. Namun dia
biarkan sahaja. Kitorang makan kejap. Nanti kita jumpa dekat panggung okeh!?
Korang bermesra-mesraan la dulu yek. Ada
masa lagi ni! Bye.. Hehehe Arif mengenyit mata ke arah Izzul. Belum sempat
Izzul membalas, Arif sudahpun menamatkan perbualan mereka. Hampeh budak ni!
Izzul merungut. Tetapi bila difikirkan semula, ada betulnya Arif buat macam tu.
Kalau tak, sure dia dengan Alya akan duduk diam membisu sepanjang pertemuan
mereka. No point la kalau macam tu. Izzul kembali menyimpan iphone 4nya ke
dalam kocek. Mana pula si Alya ni? Dah lambat ni.. dia bermonolog sendirian.
Sedang dia asyik menunggu Alya, tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Dia
melihat Ain dengan seorang lelaki. Lelaki itu begitu mesra sekali dengan
tangannya memeluk pinggang gadis itu. Sesekali lelaki itu mendekatkan bibirnya
ke wajah Ain seolah-olah ingin bercium. Mereka berjalan dari kedai ke kedai.
Hatinya menjadi panas! Sial punya perempuan! Hari tu kau datang office aku merayu-rayu
nak kembali pada aku. Sekarang, kau senang-senang berpelukan dengan jantan tu!
Bodoh! Baru aku kenal kau siapa! Dasar perempuan murahan! Nasib aku tak peduli
rayuan kau hari tu! Panasnya hati aku ni!!! herdik dia dalam hati. Dia membelek
jam di tangan. Yang si perempuan sorang ni pun satu! Makeup macam mak nenek!
Tak tahu ke dia dah pukul berapa sekarang ni!? marah Izzul lagi. Hatinya
membuak-buak menahan marah. Sakit apabila melihat perangai Ain yang sebenarnya
berlaku di hadapan matanya. Alya mencari kelibat Izzul yang sedang berdiri
menyandarkan diri ke dinding menunggunya. Alya hanya tersenyum sahaja apabila
melihat Izzul sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling. Sorry lambat! pinta
Alya meminta maaf sebaik sahaja dia menghampiri Izzul. You buat apa kat dalam
tu? Mahu setengah jam I tunggu! tiba-tiba suaranya agak tinggi sedikit
membuatkan Alya agak cuak. Eh, tadi sikit punya baik kenapa tiba-tiba nak marah
pulak ni!? Err.. sorry! pinta dia lagi. Alya semakin serba salah apabila
melihat Izzul dengan wajah yang cukup serius. Lelaki itu mendengus kasar lalu
bergerak meninggalkannya. Pelik! Lelaki depan dia ni memang pelik! Alya segera
mengekori Izzul yang dah jauh ke depan. Bukan aku sengaja lambat. Orang kat
dalam surau tu penuh. Nak cari telekung lagi, nak cari tempat nak solat lagi,
semua tu nak kena tunggu turn. Lepas tu nak pakai selendang shawl yang agak
leceh ni lagi. Nak touch up- touch up sikit muka ni lagi. Memang la makan masa
yang lama. Lain la dia. Ambil wuduk terus solat.Then, tak perlu nak pakai
tudung ke apa ke.. habis solat terus pakai kasut. Simple jek! Itupun nak
marah-marah.. rungut hati dia. Mereka melangkah laju ke TGV Cinema. Lagi 15
minit nak pukul 3 petang. Mata mereka tercari-cari kelibat Arif dengan Ainul.
Hish! Mana diorang ni? rungut Alya. Sekilas dia terpandangkan Arif dan Ainul
yang sedang berdiri menunggu mereka di entrance untuk masuk ke panggung wayang.
Izzul, tu mereka! tunjuk Alya ke arah Arif dan Ainul. Izzul hanya mengangguk
dan secara tidak sengaja melanggar bahunya dan meninggalkannya ke belakang.
Alya terdiam. Hampeh! Selamba betul mamat ni. Bukan nak say sorry ke apa ke!
Geram betul aku tengok! bisik hati Alya tidak berpuas hati. Hai, bro! Amacam
date korang? sengaja Arif mengusik Alya dan Izzul sebaik sahaja mereka
mendekati dia dan Ainul. Biasa je.. jawab Izzul membuatkan Alya mencebik.
Lelaki tu langsung takde perasaan. Arif dan Ainul hanya tersenyum. Takpe.. awal
lagi ni. Nanti dah lama-lama biasa la.. Arif memberi semangat. Dia suka
sekiranya Alya dikenenkan dengan Izzul. Mereka sama cantik dan sama padan.
Wajah Alya dah merona merah. Dia tersenyum sahaja. Kalau dijawab memang agak
over pulak! Dia yang begitu excited sedangkan lelaki di sebelahnya itu cuma
menganggap date mereka biasa sahaja. Sebaik sahaja lampu Panggung 1 bernyala,
terus mereka beratur untuk memberi tiket kepada staf yang menjaga di situ.
Kemudian, mereka masuk tanpa menoleh ke belakang lagi.
BAB 7
Macam mana Arif? Kamu dah buat
keputusan ke? tanya Dato Seri Amiruddin sebaik sahaja mereka selesai makan
malam. Arif dan Izzul saling berpandangan. Keputusan apa, papa? tanya Arif
tidak memahami. Dato Seri Amiruddin segera mencapai curut jenama Cohibba yang
menjadi kegilaan ramai dikalangan kaki curut. Sekotak curut yang mengandungi 25
batang itu berharga antara RM1,600 hingga RM1,800. Keputusan untuk kau kahwin
dengan Ainul la jawab Dato Seri Amiruddin. Oh, dalam proses papa Papa dengar
keluarga Ainul dah tak boleh tunggu lama lagi.. Arif diam. Papa minta maaf.
Papa tak boleh nak bantu. Memang dari dulu lagi keturunan kita dah aturkan
peraturan seperti ini. Papa tak berani nak melanggar peraturan tu.. Takpe, pa..
Arif akan bantu along cari calon yang sesuai untuk dia sebelum sampai masanya
balas Arif lantas memandang ke arah Izzul yang sejak tadi tidak bersuara. Dato
Seri Amiruddin menganggukkan kepala. Dia juga serba salah. Dulu pun dia hampir
melalui apa yang Arif rasakan. Mujur akhirnya abang sulungnya bertemu dengan
seseorang di saat dia sudah merancang untuk mengahwini Datin Seri Rosni. Mama
tak kisah dengan siapa korang berdua nak berkahwin. Tetapi kalau dah terdesak
sangat, mama nak kenalkan Izzul dengan anak kawan mama. Izzul berminat?
tiba-tiba suara mama kedengaran di sudut ruang makan. Dia mengangkat sedulang
air kopi untuk mereka bagi menghangatkan badan malam-malam sebegitu. Nur Amilia
pula sudah hilang ke atas. Izzul mengerut dahi. Siapa, ma? tanya Izzul. Datin
Rosni tersenyum. Cawan di dalam dulang disusunkan di atas meja. Anak Datin
Sofia, si Julia? Mereka terdiam. Julia? Gadis sosial tu? Oh no.. Kalau Julia..
takpelah, ma! Izzul tak berminat! jawab Izzul perlahan. Bukan dia tak kenal
dengan Julia, gadis itu terlalu sosial baginya. Teringat lagi sewaktu mereka
satu sekolah, dia tahu yang Julia pernah ada perasaan padanya. Tetapi dia
langsung takde hati untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan gadis itu. Sikap
gadis itu yang suka mengarah membuatkan hatinya jelik. Pada waktu malam pula,
Julia sentiasa keluar ke kelab malam. Umur 16 tahun sudah pandai minum arak.
Adakah mamanya tahu soal itu? Hem.. mama cuma memberi cadangan sahaja.
Selebihnya terpulang pada kamu. Datin Sofia tu selalu bertanyakan kamu. Katanya
si Julia tu suka benar pada kamu. Apa salahnya mencuba, kan? Datin Seri Rosni
sekadar memberi laluan untuknya berfikir. Ah! Awal-awal dah kena reject! Ma,
along dah ada calon la! tiba-tiba Arif menyampuk. Mata maing-masing memandang
ke arah Izzul. Betul ke, Izzul? tanya Dato Seri Amiruddin dan Datin Seri Rosni
serentak. Izzul terdiam. Err.. Orangnya cantik, ma.. pa.. Sopan, berkerjaya,
menutup aurat, sempurna la! Dah kena dah dengan taste along yang inginkan
perempuan yang sempurna untuknya.. tambah dia lagi mengusik. Betul Izzul? tanya
mereka lagi tidak percaya. Arif menyiku lengan Izzul. Err betul, ma.. pa..
jawab Izzul perlahan. Dia tak beri kata putus lagi soal itu, Arif dah
canang-canangkan Alya pada mereka pula. Alhamdulillah.. bila nak kenalkan pada
kami? tegur Datin Seri Rosni gembira. Sampai masa, Arif dengan Ainul akan
bawakkan gadis tu untuk tatapan mama dengan papa.. jawab Arif sebagai wakil
abangnya. Kamu pulak yang bersungguh-sungguh. Izzul ni tak cakap apa-apa, pun..
perli Dato Seri Amiruddin membuatkan Arif menutup mulutnya malu. Betul! Dia
pulak yang agak excited.
*****
Apesal la kau sesuka hati pergi
canangkan Alya pada papa dan mama? tegur Izzul tidak berpuas hati. Arif ketawa.
Ala along.. apa salahnya? Along dengan Alya tu dah sepadan.. Arif sengaja
mengusik lagi. Masalahnya along dengan dia baru je kenal. Masih banyak lagi
yang perlu kitorang tahu mengenai peribadi masing-masing.. jawab Izzul
menjelaskan. Takpe Along, Arif ada 2 bulan lebih lagi tinggal. Dalam masa dua
bulan lebih ni Along kenal la dia betul-betul, ye? Harap resultnya positif..
sekali lagi Arif mengenyitkan matanya sebelum dia bergerak keluar dari bilik
Izzul. Izzul mengeluh. Benarkah dia sudah memilih Alya sebagai teman hidupnya?
Arrgghh, dia belum mampu untuk membuat keputusan! Ini belum lagi final! Aku
masih ada masa untuk mencari calon yang lain.. pujuk Izzul dalam hatinya.
*****
Alya!!! kejut Ainul membuatkan
Alya yang sedang menikmati bihun goreng di hadapannya terperanjat. Air yang
diminum tersembur keluar. Kau ni gila la, Ainul! Kau nak bunuh aku ke apa?
marah Alya. Ainul serba-salah. Sorry, beb! segera dia mengeluarkan tisu dari
dalam begnya lantas diberikan kepada Alya yang masih terbatuk-batuk. Muka gadis
itu merah. Alya mengesat mulutnya dengan tisu. Apehalnya ni? Pagi-pagi dah
ceria? Alya mengerut dahi. Aku ada berita gembira untuk kau! tangannya memegang
erat tangan Alya. Mukanya semakin berseri-seri. Berita gembira? Alya mengangkat
kening.. Berita apa? Alya semakin tidak faham. Izzul ajak kau keluar malam
ni!!!Yeaayyy!! excited pulak minah ni dari dirinya sendiri. Izzul ajak keluar?
Betul, ke? Macam tak percaya pula dia. Lelaki itu agak emosional hari itu so
dia dah fikir masak-masak yang dirinya sudah direject awal-awal. Baru dia tekad
nak cari jalan lain macam mana nak selesaikan masalah keluarganya. Kau biar
benar? tanya Alya tidak berpuas hati. Benar la ni! Kau tahu, ini kali pertama
dia ajak perempuan yang dia date sebelum ni untuk date seterusnya tau! Itu
bermakna, dia dah start nak mengenali kau dengan lebih dekat!!! kata Ainul lagi
teruja. Dia melompat-lompat gembira. Mana kau tahu semua ni? Alya masih lagi
tidak berpuas hati. Arif la bagitahu. Dia suruh aku sampaikan! Malam ni, kau
balik rumah pakai cantik-cantik. Korang berdua ada candle light dinner!!
Semakin berseri-seri gadis itu dilihatnya. Dia melepaskan rasa lega. Walaupun
keputusan masih belum dibuat namun dia masih ada peluang untuk mengenali lelaki
itu sekali lagi. Round pertama sudah berjaya. So diteruskan ke round kedua
pulak! Ya Allah, terima kasih atas pertolonganMu ini..
*****
Alya membelek-belek dirinya di
hadapan cermin. Malam itu dia hanya memakai pakaian yang agak ringkas. Hanya
memakai chiffon dress berlengan panjang berwarna kelabu dan seluarlegging
panjang berwarna hitam. Dia mengenakan pakaiannya dengan selendangplain
berwarna kelabu juga. Nampak comel dan menarik. Sedang dia leka membelek dirinya,
Amani mengejutkannya lantas duduk di atas katil. Bantal dicapai dan seraya dia
memeluk. Wah! Akak nak pergi dating ke? tanya Amani dengan sengaja membuat muka
gatal. Alya hanya tersenyum. Takdelah! Akak nak jumpa kawan.. bohong Alya. Dia
tak mahu bercakap lebih soal itu. Sampai masanya, dia akan berterus-terang.
Hai, takkan nak jumpa kawan sampai lawa macam ni, kak? uji Amani. Bukan dia tak
tahu kakak tirinya itu. Selalu sangat berahsia. Satu hari nanti Amani akan tahu
jugak! kata Alya lagi. Tiba-tiba.. Kak Alya!! panggil Azizi dari ruang tamu.
Yeee..!! sahut Alya. Amani sudah bangun dari dudukan. Dia keluar dari bilik.
Boyfriend akak dah datang usik Azizi. Dia pun tak tahu samada itu teman lelaki
Kak Alya ataupun tak. Tetapi dari raut wajahnya tampak lelaki itu memang kacak
dan smart. Alya keluar dari bilik lantas bergerak ke pintu. Dia melihat Azizi
sedang berborak dengan Izzul di luar. Nampak mesra je mereka berdua ni. Ibunya
yang sewaktu itu sedang leka melipat kain segera disalam. Alya pergi dulu, mak!
Alya meminta diri sebaik mencium tangan ibunya. Hem, jaga diri kamu tu
elok-elok, Alya nasihat Mak Temah. Alya mengangguk lantas keluar dari rumah.
Amani hanya menghantarnya sampai ke pintu. Alya mendekati mereka yang mesra
berborak. Izzul memandang Alya sejenak. Dia terkesima. Gadis itu begitu cantik
sekali. Alya hanya tersenyum. Cuma hairan, kata candle light dinner tetapi
kenapa Izzul hanya memakai t-shirt dan seluar jeans sahaja? Tak sangka akak ada
boyfriend tak bagitau.. Azizi melayan rajuk. Sengaja dia berbuat sedemikian.
Alya malu. Bila masa pula si Izzul ni jadi boyfriend dia? Alya memandang Izzul.
Lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Alaa Abang Izzul bukan pakwe akak la, Zi..
Dia kawan akak jek Alya cuba membetulkan kenyataan Azizi itu. Nanti apa pulak
kata Izzul, ingat dia perasan pulak! Izzul hanya ketawa sahaja. Malu pula dia.
Takpe.. Jadi pakwe Kak Alya pun apasalahnya, kan? seloroh Izzul sekadar
mengusik. Azizi hanya ketawa. Alya agak terkejut apabila Izzul memberi
kenyataan itu. Dia seolah-olah memberinya harapan. Namun dia tak mudah perasan.
Mereka meminta izin untuk beredar. Sengaja Izzul menolongnya membukakan pintu.
Sekilas Alya duduk, pintu ditutup dan Izzul bergerak ke tempat duduknya. Alya
melambaikan tangannya kepada mereka sebaik sahaja kereta Lamborghini Gallardor
warna hitam metalic bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Azizi tersenyum
seorang diri. Amani menghampirinya. Handsome kan pakwe Kak Alya? tegur Amani.
Azizi mengangguk. Harap Kak Alya bahagia jawab Azizi membuatkan Amani juga
bersetuju. Walaupun mereka berlainan ayah namun persaudaraan mereka tetap erat.
*****
Dalam perjalanan, mereka hanya
mendiamkan diri. Err pasal adik saya tadi tu, awak jangan ambil kisah sangat,
ye? pinta Alya berharap agar Izzul lupakan kejadian di rumahnya tadi. Izzul
ketawa sejenak. I know and I understand. Sometimes we need to pretend for
someones sake.. jawab Izzul. Actually
saya tak nak awak fikir lain pasal saya.. Alya betul-betul berharap. Dia tak mahu
dirinya dianggap seperti desperate. It nothing, sis. Its ok! balas Izzul lagi.
Matanya masih lagi fokus kepada pemanduan. Alya senyap. Matanya dihalakan ke
luar. Memandang kecantikan malam yang disinari dengan lampu-lampu jalan dan
bangunan. Err cantik you malam ni? puji Izzul membuatkan Alya terkejut. Dia
hampir nak tergelak. Cantik, ke? Aku rasa simple je aku hari ni.. bisik
hatinya, Thanks! balas Alya. Biasa je.. Alya merendah diri. Kita nak makan kat
mana? persoalan itu membuatkan Alya agak tergamam. Hai, kata candle light
dinner? Takkan dia tak buat apa-apa reservation, kot?dia berfikir sejenak.
Err.. Alya tak kisah. Mana-manapun boleh jawab Alya. Dia masih lagi hairan.
Adakah Ainul sengaja mengenakannya? Kita makan dekat Restoran Arab, ok? pelawa
Izzul. Alya diam. Makan kat restoran arab? Gila, mahal tu..!! Mana ada
duit..tangan Alya meramas beg tangannya. Nak dibuka untuk tengok duit dalam
begnya tu, segan pulak! Ikut je.. balas Alya. Lain yang difikir lain pulak yang
terkeluar dari mulutnya itu. You nak jumpa I kenapa, ye? soalan kali ini
membuatkan Alya membuntangkan matanya pula. Jumpa? Bila masa pulak? Jumpa awak?
Alya tidak mengerti. Haah, Arif cakap you nak jumpa I.. jawab Izzul selamba.
Dia langsung tidak merasakan apa-apa yang pelik berlaku pada mereka. Alya dah
memandang ke tepi tingkap. Dia rasakan bahawa Ainul sengaja mengenakannya. Malu
mula terjah. Kentot punya kawan! Ni mesti plan dia dengan Arif, ni. Kenapa
diorang buat macam ni? Alya mengomel sendirian. Izzul yang tersedar akan
kepelikkan perangai Alya kembali bertanya. Kenapa, Alya? Ada masalah, ke? wajah
Izzul berkerut. Seolah-olah risau apabila melihat riak muka Alya yang tegang.
Errr.. takde apa-apa. Ok, jek! Alia cuba mengawal keadaan. Dalam hati dia sudah
sumpah seranah sahabatnya itu. Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi mesej. Dia
membelek sambil memandu. Bro, please dont be mad. Actually, this is our plan.
We have reserved some candle light dinnerfor both of you. Please go to Capri
the Continental Restaurant at Mutiara Johor Baharu Hotel, Taman Century. Enjoy
your dinner!! Peace yaw! Mukanya berubah sebaik sahaja mesej itu habis dibaca.
Siot, Arif! Dia kenakan I rupanya.. rungut Izzul. Mukanya ketara bengang. Alya
hanya memandangnya untuk mengetahui apa yang dimesejkan oleh Arif kepada lelaki
itu. Sorry, Alya. I tak tahu pun pasal ni. Ini semua plan Arif dengan Ainul
untuk kenakan kita berdua.. Izzul cuba mengawal emosinya. Patutlah Alya agak
lawa malam ini. Rupa-rupanya dia juga dipermainkan. Teruklah diorang ni! marah
Alya. Geram apabila mereka diperlakukan sebegitu. Alya mengeluh. So macam mana?
Nak teruskan ke candle light dinner ni? tanya Alya untuk mendapatkan kepastian.
Izzul diam. You macam mana pulak? Izzul cuba menguji Alya. Hem, reservation tu
dah buat pembayaran ke? tanya Alya untuk mendapatkan kepastian. Kalau dah buat
pembayaran, kena teruskan la. Takkan nak cancel kot? Rasanya.. sebab
reservation tu under nama Arif. Maybe dia dah plan sepenuhnya untuk kita.
Nampaknya kena gerak ke sana jugak la jawab Izzul. Alya hanya mengangkat bahu.
Nak tak nak kena juga mereka ke sana. Kereta Lamborghini Gallardor berwarna
hitam metalic kepunyaan Izzul bergerak semakin laju menuju ke tempat yang
tinggi dan lebih sporty.Dahulunya dia memakai BMW M5, baru beberapa bulan yang
lepas dia menjual BMW M5 dan terus membeli Lamborghini Gallardor dari rakan
karibnya yang juga seorang broker tempatan.
BAB 8
Restoran Capri the Continental
agak tenang. Pelanggan-pelanggan di situ kelihatan sibuk melayan event mereka
sendiri. Dengan menggunakan lampu yang agak malap dan lagu yang agak slow dan
lembut menyerlahkan lagi suasana romantik di situ. Izzul mendekati kaunter
pendaftaran. Sebaik sahaja nama Arif disebut, terus pelayan itu membawa mereka
ke sebuah set meja khas untuk dua orang betul-betul berhadapan dengan swimming
pool. Pelayan itu menarik kerusi Alya lantas menyuruhnya duduk. Sebaik gadis
itu melabuhkan punggungnya, dia kembali kepada Izzul pula. Are you ready for
dinner? tanya pelayan itu kepada mereka. Masing-masing mengangguk. Pelayan itu
segera beredar untuk menyediakan makan malam untuk mereka. Dalam beberapa minit
kemudian, pelayan itu membawa dua dulang makanan barat untuk tatapan mereka.
Rupa-rupanya Arif sudah awal-awal plan benda ni untuk mereka. Suasana romantik
dan tenang diselangi dengan makanan yang sesuai untuk pasangan bercinta memang
padan sangat. Namun sebenarnya agak tersilap kerana mereka bukannya bercinta,
sekadar baru untuk mengenali antara satu sama lain. Enjoy your meal, sir.. ucap
pelayan itu sebelum sekali lagi dia meninggalkan mereka berdua-duaan. Thank you..
balas mereka berdua. Sebaik pelayan itu beredar, mereka saling berpandangan.
Should we eat now? tanya Izzul kepada Alya. Sure, why not! jawab Alya
tersenyum. Mereka melayan perasaan maing-masing sambil menikmati makanan.
Tiba-tiba Izzul tersenyum sinis. Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang
Arif buat untuk mereka. Sabar aje la diorang berdua tu. Suka-suki je buat
plan-plan macam ni.. Alya hanya senyum pahit. Dia pun rasa malu jugak! Mereka
bukannya bercinta. Masing-masing masih dalam sesi perkenalan. Belum lagi
berputik cinta antara mereka. Terpaksa makan berdua dan menghayati sesi candle
light dinner bersama. You pernah makan macam ni sebelum ni? tanya Izzul
memulakan perbualan. Hem.. tak pernah. This is first time! jujur jawapan Alya.
Dia memang tidak pernah sekalipun keluar makan dengan lelaki sebelum ni. Inikan
pulak nak dating dengan suasana candle light dinner sebegini. Izzul lelaki
pertama yang dia keluar bersama. Jadi I la lelaki pertama yang makan
berdua-duaan dengan you? uji Izzul lagi. Alya menganggukkankepala. Makanan di
hadapan masih lagi dihayati. So I am so lucky being the first one.. tambah
Izzul lagi dengan senyuman puas. And you? Is this your first time? kali ini
Alya pula menguji. Tetapi kalau Izzul cakap ya, memang penipu la! Gadis yang
selalu berkepit dengan dia masa kat kole dulu tu siapa? Apa dah jadi dia dengan
gadis tu? Tetapi kalau dia dah putus pun, tak mustahil lelaki sekacak tidak
pernah ada perasaan untuk mencintai dan dicintai semula? Memang benar sebelum
ini Ainul pernah beritahu dia yang Izzul lelaki yang begitu cerewet dan
mementingkan kesempurnaan especially kepada pasangannya. Dia tak nafikan kerana
kali pertama dia jumpa lelaki itu di kolej dulu dia dah boleh agak taste lelaki
depan dia ini macammana. Tetapi cinta itu buta, kadang-kadang dengan adanya
cinta.. kesempurnaan itu tentunya automatik ditolak ke tepi. Nop.. I had make
it before this jawab Izzul. Kali pertama dia candle light dinner adalah bersama
dengan Ain. Gadis yang pernah meruntuhkan ego dia selama ini. Tapi semua itu
adalah memori dan dia tidak mampu untuk membuangnya dari fikiran. Sejak bertemu
dengan Ain hari itu, hidupnya tidak keruan. Dia pernah berjanji pada dirinya,
kalau perempuan itu boleh bahagia kenapa tidak dia? Memang! Dia inginkan kebahagiaan
itu tetapi hatinya seolah-olah telah tertutup. Dan sehingga kini masih takde
sesiapa yang mampu membukanya. Izzul memandang wajah Alya yang putih dan mulus
itu. Gadis itu sedang leka menghayati makanan di hadapannya. Alya cantik
orangnya. Wajahnya lembut. Sekali pandang kemungkinan besar seseorang itu boleh
jatuh cinta padanya. Tetapi entah kenapa perasaannya di hati masih belum
berputik untuk gadis itu walaupun sudah bermacam-macam cara adik kesayangannya
itu melakukan sesuatu bagi mengeratkan lagi hubungan mereka. Izzul mengeluh.
Alya, what do you think about us? Izzul sekadar berbahasa-basi dengannya. Alya
tidak faham apakah maksud sebenarnya Izzul bertanyakan soalan itu padanya. What
do you mean? About us? Alya mengerut dahi. Tangan yang sibuk memotong daging di
hadapannya terhenti sebentar. I mean.. Us! The relationship.. the marriage..
Did you notice that before? Actually, I follow your instruction. Memang niat I
jadi salah seorang calon isteri you hanya kerana I inginkan kebahagiaan jawab
Alya. Ya! Kebahagiaan. Kebahagiaan familynya, kebahagiaan Ainul dan Arif juga
kebahagiaan untuknya. Tetapi dia juga sedar, hatinya masih belum 100% bersedia
untuk menerima Izzul. Perkenalan mereka masih terlalu awal. Dia tak nak, kalau
tiada keserasian antara dia dengan lelaki itu pastinya akan bergaduh seperti
dulu. Hanya kerana duit 500,000 ringgit itu, dia terpaksa merelakan diri untuk
lebih serius dalam perhubungan mereka ini. Itupun kalau Izzul sudi menerima
baik buruk dirinya dan bersedia untuk membimbing dirinya ke arah yang lebih
baik. Sekali lagi Izzul mengeluh. Jujurkah Alya inginkan kebahagiaan itu? Izzul
masih belum boleh mempercayai kata-kata Alya. Dia pernah bercinta dan dia
pernah terluka. Dia juga pernah melukakan. Namun dia rasa hidupnya tidak lengkap
dengan melakukan cara hidup sebegitu. Bercinta, benci, kelukaan, kesedihan dan
semuanya. Dia masih tidak mampu dan tak ingin menghadapinya. Baginya, gadis
yang melukai hidupnya bukanlah seorang gadis yang sempurna. Dan sebab itu,
kesempurnaan adalah penting baginya. Masing-masing diam dan melayani perasaan.
Masih panjang lagi perjalanan hidup mereka ini.
*****
Setelah sampai di rumah, Izzul
segera naik ke bilik. Dia membuka lampu lantas membaringkan dirinya di atas
katil. Kepenatan dia masih terasa walaupun ada bibit kegembiraan sewaktu mereka
makan bersama. Banyak yang mereka bincangkan. Dan dari hati ke hati, mereka
saling memahami antara satu sama lain. Tiba-tiba pintunya diketuk.. Come in!
arah Izzul. Pintu dibuka dan terpacul Arif di muka pintu. Wajahnya agak
berseri-seri memandang ke arahnya. Adakah dia rasakan strateginya sudah
berjaya? Along, how was your date!? Ada
ok kah? sekali lagi, datenya menjadi bahan perbualan mereka adik-beradik. Hem,
ok.. Adalah sedikit improvement.. jawab Izzul. Arif semakin memanjang
senyumannya. Rancangannya semakin berjaya. Yes! jerit Arif kegembiraan. So, apa
conclusion!? tanya dia lagi begitu teruja. Izzul mengeluh. Angah, actually
perhubungan along dengan Alya masih terlalu awal. Masih banyak lagi perkara
yang perlu kami bincangkan bersama. Dua bulan setengah masih belum cukup untuk
kami mengenali antara satu sama lain.. jawab Izzul jujur. Takpelah, along.
Lambat pun takpe. Yang penting angah tahu yang jodoh along adalah Alya. Diapun
ada iras gadis yang pernah along sayang,kan?
Why not you open your heart and try to accept other girls to fulfill you life.
Hidup kita ni sunyi kalau kita dah pegang dalam hati untuk bersendirian. But if
we think out of the box, the loneliness would be gone.. nasihat Arif lagi.
Sebenarnya Arif lakukan sedemikian bukanlah kerana dirinya sahaja tetapi juga
untuk abang sulungnya ini. Dia tahu, abangnya pernah kecewa suatu ketika dulu.
Dan dia perlu membantu abangnya untuk membuang perasaan benci kepada wanita
hanya kerana Ain. Mungkin ada hikmah benda ini terjadi. Allah dah rancang
segalanya untuk makhluk-Nya. Segalanya baik. Kedatangan Alya dalam hidup mereka
membuka peluang untuk Arif menyembuhkan kembali luka tersebut. Kali pertama dia
berjumpa dengan Alya di office hari itu membuatkan dirinya terfikir yang Alya
la calon yang paling layak untuk Izzul. Dia sudah malas untuk mencari calon
untuk abangnya. Biarlah Alya calon yang terakhir. Biarlah pertemuan mereka
berakhir dengan jinjang pelamin. Izzul diam lagi. Ada benar kata Arif. Dia sudah seharusnya
membuka pintu hatinya untuk gadis seperti Alya. Dia tahu dia sukakan Alya.
Namun untuk mencintai gadis itu dia agak takut. Takut sekiranya sekali lagi dia
akan kecewa. Sangat terseksa tatkala kita dilanda kekecewaan dan kelukaan.
Sebab itu dia bawa diri ke Jepun bagi membuang segala perasaannya kepada Ain.
Along masih tak mahu menerima seseorang dalam hidup along ke? tanya Arif
semula. Izzul hanya tersenyum pahit. Then belajar la terima Alya.. Dia gadis
yang paling sesuai untuk along.. tambah Arif berharap. Izzul hanya diam
membisu.
*****
Date yang ketiga, sekali lagi
Arif dan Ainul membuat rancangan tanpa pengetahuan mereka. Namun Alya dan Izzul
sudah biasa. Layan je la memandangkan chemistry antara mereka sedikit sebanyak
lahir setiap kali bersama. Selesai menonton wayang, Izzul memandang Alya.
Setiap kali Izzul menjeling ke arahnya, Alya menjadi tidak tentu arah. Hatinya
seakan-akan tergoda dengan pandangan Izzul yang agak romantik baginya. Hatinya
berdegup kencang tiba-tiba. Arrghh perasaan ni Kita nak makan kat mana? tanya
Izzul. Err.. saya tak kisah. Ikut je. Awak? Alya kembali bertanya kepada Izzul.
Selalunya asyik ikut I je.. apa kata kalau ikut citarasa you pulak, macammana?
Izzul mengangkat kening. Taste saya tak semewah awak. Kalau awak ikut saya,
saya takut awak tak boleh terima je.. perli Alya. Yelah, mamat ni dah biasa
makan mewah sebelum ni. Tempat yang mereka singgah selalunya yang ekslusif dan
mahal. Kalau nak sangat ikut tempat favourite dia, kedai mamak pun jadi. Kedai
makan tepi jalan pun ok! Actually I tak kisah sebenarnya.. kata Izzul dengan
muka yang agak confident. Alya mengangkat kening. Sure you tak kisah? sengaja
soalan itu ditanya. Bagi dia, Izzul tu high taste. Very perfectionist! Kalau
makanan tak sedap and tak menepati citarasanya, agak-agak dia akan melenting,
tak!? Hem.. Ok, you bawak I dulu then you will know either I kisah atau tak..
Izzul tersenyum ke arahnya. Arrgghh Alya sangat sukakan senyuman itu. Senyuman
yang menggoda. Membuatkan hati perempuannya boleh luruh. Dia sungguh bertuah
kerana dipertemukan semula dengan Izzul. Dulu, dia agak benci sedikit dengan
Izzul memandangkan lelaki itu terlalu sempurna bagi dirinya. Ketegasan lelaki
itu kadang-kadang membuatkan dia jelik sedikit. Tetapi, bila dikenali lelaki
itu dengan lebih dekat.. kesempurnaan Izzul hanya pada fizikal tetapi dari segi
tingkahlaku, dia tetap manusia biasa.
*****
Mereka berjalan menuju ke food
court Arena. Izzul mengerut dahi. Dari tadi dok kerling dan menjeling kepada
orang disekitarnya. Alya hanya tersenyum sahaja. Kelihatan Izzul agak tidak
selesa. You nak bawak I kemana? tanya Izzul mengerut dahi. Alya ketawa. Awak
cakap tak kisah nak makan dekat mana, so saya nak bawak la awak makan la
ni.. kata Alya. Langkahnya semakin laju.
Izzul hanya mengekorinya sahaja. Food Court Arena di Jusco Tebrau City menjual
pelbagai jenis makanan. Sama seperti food court- food court yang lain. Yang
bezanya, setiap pembelian hanya mempunyai satu kaunter cashier sahaja. Mereka
duduk di meja yang terletak di hujung sekali. Senang untuk privasi. Hem.. takde
pelayan ke nak kasik menu? tanya Izzul. Alya agak terkejut sikit. Mamat di
hadapan dia ni tak pernah makan kat food court ke? Dia memandang ke arah Izzul.
Lelaki itu sibuk memerhatikan orang yang lalu lalang. Sini layan sendiri, Encik
Izzul. Takde promoter, takde pelayan. Menu pulak memang ada dekat kedai mereka
je. Tu.. tu.. tu banyak kedai makan. Awak pilih, je! balas Alya lagi sambil
tangannya sibuk menunjuk ke arah deretan kedai makan di Food Court itu. Rasa nak tergelak je
apabila melihat muka Izzul yang berkerutan. Habis tu, I nak kena pergi beratur
order makanan la, ye? tanya Izzul lagi. Alya hanya mengangguk. Yela, takkan
awak nak orang lain orderkan untuk awak? perli Alya membuatkan Izzul mendengus
kasar. Sah! Tak puas hati la tu! Alya bangun untuk pergi mengusya makanan. Eh
you nak kemana? matanya memandang tepat ke arah Alya. Nak pergi tengok makanan
apa yang ada, la. Kenapa? Ke awak nak pergi dulu? Saya jaga kejap tempat kita,
ni pelawa Alya. Izzul blur sekejap. Err.. kita pergi sekali, la? ajak Izzul.
Dia sudahpun bangun dari dudukan. Eh, kalau awak dengan saya pergi beli
serentak.. siapa nak jaga tempat kita, ni? Orang tengah ramai ni. Susah nak dapatkan tempat duduk! kata Alya membuatkan
Izzul terdiam seketika. Kemudian dia duduk kembali. Hem.. you pergi dulu la!
arah dia. Mukanya agak marah sedikit. Alya tahu, Izzul tidak selesa di situ.
Dia mengangguk lalu meninggalkan Izzul keseorangan. Beberapa minit kemudian,
Alya masih lagi menunggu kelibat Izzul membeli makanan. Matanya meliar mencari
lelaki itu. Jam dibelek. Eh, mana pulak mamat ni? Beli makanan ke buat makanan?
dia bermonolog sendirian. Makanan di hadapannya hampir sejuk. Dah setengah jam
dia menunggu. Orang semakin ramai. Hem.. nak makan dulu ke tak? Perut dah
bunyi-bunyi, ni.. bisik hati Alya. Dia memegang perutnya. Sudah berkeroncong.
Takpelah! Tunggu dia beberapa minit lagi. Mesti ramai orang tu. Alya sengaja
menyedapkan hatinya. Lima
belas minit berlalu.. akhirnya dia nampak kelibat Izzul datang mendekati meja
mereka sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minumannya. Izzul
meletakkan dulang di atas meja dengan kasar. Mukanya ketara bengang. Alya
mengangkat kening kehairanan. Izzul duduk di hadapannya lalu melepaskan
keluhan. Lamanya awak beli makanan? tegur Alya. Izzul tidak menjawab. Mukanya
masih lagi toya! Macam muka orang mati bini je! Pinggan dan gelas dialihkan
dari dalam dulang. Kemudian, dulang itu diletakkan di meja berhampiran yang
kosong. Ramai orang, ke? tanya Alya lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab.
Mamat bangla tu la! Masak pun lembab! Setengah jam I tunggu. Penat berdiri! Dah
puas maki baru la siap makanan I ni luah Izzul tidak puas hati. Alya
menggelengkan kepala. Ni sudu pun tak sediakan. Jenuh I cari sudu dengan garpu
kat tempat lain. Bodoh! lepas dia lagi. Alya diam. Dia melihat sahaja Izzul
menyapu bersih sudu dan garpunya dengan tisu. Wow, sampai begitu sekali!? Dia
pun tak pernah buat macam tu. Pakai makan je. Loghat betul mamat ni! Huhuhu
Ramai sangat orang. Dia pun tak menang tangan.. tegur Alya. Kata-kata Alya itu
menambahkan lagi kebengangannya. Kalau rasa tak boleh nak buat kerja cepat, tak
payah buka bisnes kedai makan! Balik bangladesh lagi bagus la! herdik dia lagi.
Dia mula menyuap nasi goreng paprik ke dalam mulut. Tiba-tiba dia mengeluarkan
kembali makanan yang dimakan itu. Kenapa? tanya Alya hairan lagi. Bangla tu
memang sengaja nak kenakan I la! Ni berapa tan garam dia letak, ni!? Nak I kena
darah tinggi ke apa? Izzul segera bangun
dan pergi ke sinki untuk membasuh mulutnya.. Alya ketawa perlahan-lahan. Memang
bangla tu sengaja kenakan awak, Encik Izzul. Padan la dengan muka! Siapa suruh
pergi maki dia time dia tengah buat kerja? Kan dah kena! hehehe.. Izzul,
Izzul.. perangai awak masih sama lagi, tak berubah! bisik hatinya. Makanan di
hadapan dihabiskan. Adoi.!Menyesal pulak Alya bawa Izzul makan dekat food court
tu. Kalau tahu awal-awal yang Izzul ni betul-betul cerewet, memang lama dah dia
follow je kehendak lelaki itu. I tak kisah la konon!?. Whatever!
*****
Izzul menghantar Alya pulang.
Sepanjang perjalanan Izzul tak habis-habis mengomel pasal makanan yang dimakan
di Food Court Arena. Bagi Alya, makanan kat situ ok je. Tak tahu la pulak tak
mencapai citarasa mamat high taste macam Izzul tu. Kita ni kalau buat sesuatu
perkara kenalah sempurna. Kalau buat kerja cincai-boncai macam tu, pelanggan
pun boleh lari! nasihat dia panjang lebar sepanjang pemanduan. Alya hanya diam
mendengar keluhan lelaki itu. Kadang-kadang dia hanya tersenyum sinis sahaja.
Nasib la dia tu kerja tempat lain, kalau jadi staf I.. lama dah I kick him out!
marah dia lagi. Rasa nak tergelak pun ada bila mendengar luahan perasaan Encik
Muhammad Izzul b. Datuk Seri Amiruddin a.k.a Mr. Perfect ni. Semua benda nak
perfect! Dia ingat manusia ni memang dilahirkan sempurna ke? Dia sendiri pun
tak perfect tetapi mengaku perfect. Oh, apa-apa ajelah, Encik Izzul! Boleh
jalan la!.. Sampai sahaja di rumah, Alya terus membuka pintu keretanya. Thank
sebab sudi hantar saya pulang.. ucap Alya. Izzul hanya mengangguk. Pintu kereta
ditutup. Alya masih lagi berdiri tegak memandang ke arah kereta Izzul. Jumpa
lagi! kata Izzul sambil melambaikan tangannya ke arah Alya. Alya membalas.
Kereta Lamborgini Gullador milik Izzul bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Alya hanya tersenyum. Hem perkembangan yang sangat baik.
BAB 9
TAHUN 2001.. Alya menyilangkan
tali beg ke badannya. Dia perlu cepat ke kelas! Padan la dengan muka kau. Gatal
sangat pergi lepak dengan geng Mardiah the otai one main gitar dekat belakang
blok perempuan tu apesal? Balik bilik dah pukul 3 sedangkan esoknya kelas pukul
8.00pagi. Hah! Kejap lagi, siap la kau kena bebel dengan Prof. Mansor! Alya
berlari dan langkahnya semakin laju. Yah! Dia semakin mendekati kelas. Dia perlu
sampai ke kelas sebelum Prof. Mansur sampai. Dari jauh dia sudah nampak Prof.
Mansur dalam perjalanan ke kelas mereka. Dia semakin cuak! Langkah semakin laju
menapak. Cap hitam yang bertakhta di kepala ditolak ke belakang. Minta-minta la
dia sampai dulu!.. Mujur ada seorang pelajar kebetulan memanggil Prof. Mansur
membuatkan langkah pensyarahnya itu berhenti seketika. Dia tersenyum lebar!
Masih sempat ni! Belum sempat dirinya sampai ke kelas, dia terlanggar seorang
lelaki yang kebetulan sedang keluar dari simpang dia lalu. Lelaki itu hampir
jatuh ke belakang apabila Alya menolaknya! Woi! tempik lelaki itu. Alya
ternganga. Prof. Mansur yang berada di situ memandang ke arahnya. Alya terdiam!
Alamak! Prof. Mansur sudah nampak! Mati dia! Hadoiiii.. Alya dah tak pandang
lelaki yang sedang mengerling bengis ke arahnya. Yang dia nampak, kecilnya
dunia. Alamat kejap lagi sure dia kena denda! Kau takde mata ke, ha!? lelaki di
hadapannya masih lagi menempik di telinganya. Alya bengang! Amboi lelaki ni!
Kurang ajar punya bahasa. Mak bapak tak ajar ke, ha!? Apa woi-woi.. Aku ada
nama tau! Tak boleh cakap sopan sikit!? Aku tak pekak lagi! balas Alya pula.
Geram dengan mamat depan dia ni. Muka handsome tapi perangai memang tahap
kurang ajar! Prof. Mansur dah memandang tajam ke arahnya. Mamat depan dia pulak
cari pasal dengan dia. Lain kali mata tu pandang depan! Bukan pandang kepala
lutut! perli lelaki itu dengan nada sinis. Hamboihh! Sedapnya bahasa. Kang ada
yang kena karate kang! Tepilah! jawab lelaki itu lalu melanggar bahunya dengan
kasar. Alya menahan sakit. Siot! Arrghh ini sudah lebih!~ Belum sempat Alya
mengejar lelaki itu namanya sudah dipanggil. Dia terkaku sejenak. Segera dia
menoleh dan membuat muka seposen ke arah Prof. Mansur. Selamat pagi prof!
selamba dia mengucap selamat kepada Prof. Mansur sambil tabik ke arah lelaki
yang berumur hampir 50 tahun itu. Pensyarahnya itu memandang tajam kepadanya.
Masuk!. arah Prof. Mansur membuat Alya terkulat-kulat berlari masuk ke
kelasnya. Adoii siaplah kau wahai Alya! Dah nasib hari ni bakal kena denda
lagik! Habis sahaja kelas, Prof. Mansur sudah menyediakan tugasan untuknya.
Sebagai denda kali yang ke berapa dia datang lewat ke kelas. Pelajar lain
sudahpun meninggalkan kelas. Kini Cuma tinggal dia dengan pensyarahnya ini.
Prof. Mansur mengeluh memandangnya. Saya nak kamu pergi library, siapkan 5
assignment dalam masa 2 hari ini! Buat literature review berdasarkan teknologi
yang diperlukan dalam bidang Engineering. Buat comparison dan cari pro and cont
dia, faham!? kata Prof. Mansur kepada Alya. Dengan nada malas dan kecewa Alya
mengangguk faham. Apa nak jadi dengan kamu ni, Alya? Selalu datang lambat! Kamu
buat apa semalam? tanya Prof. Mansur mendapatkan kepastian. Takde buat apa-apa,
prof! bohong Alya. Habis tu? Kenapa datang kelas lambat..? suaranya semakin
tinggi dan tegas. Alya mengetap bibir. Dia cuak! Err.. saya.. saya Alya tak
tahu nak kasik alasan apa. Dia kehabisan idea. Sudah! Apapun alasan awak, saya
tak mahu tahu! Saya nak lusa, tepat pukul 9.00 pagi sudah ada 5 assignment yang
telah siap di atas meja saya nanti. No excuses, faham!? marah Prof. Mansur.
Fa.. faham prof! balas Alya tergagap. Lelaki itu segera mengambil failnya dan
bergerak keluar dari kelas. Alya mengeluh lemah. 5 assignment dalam masa 2 hari
Gila betul orang tua, ni! rungut Alya lalu mengikuti langkah Prof. Mansur
keluar dari kelas itu.
*****
Alya berjalan lemah menghampiri
cafe. Isma dan Hana sudah menantinya di situ. Alya duduk lalu menongkat dagu.
Mukanya toya! Apesal kau lambat, beb!? tanya Isma. Dia sibuk menikmati makanan
di hadapannya. Hana pula mengangguk untuk mengetahui. Aku tidur lambat semalam
balas Alya dengan nada malas. Dia tengah memikirkan bagaimana untuk menyiapkan
5 assignment yang sudah diberikan oleh Prof. Mansur itu. Kejap lagi dia ada
kelas Matematik Kejuruteraan. Petang pulak ada Computer Programming. Mana dia
nak cari masa pergi library siapkan tugasan yang Prof. Mansur bagi tu!
Haishh!.. Kau masih lepak lagi dengan geng-geng Mardi tu ke? Hana pula
menyampuk. Dia amat tidak gemar apabila Alya begitu rapat dengan geng-geng otai
UTM tu. Hem.. Alya mengangguk. Diam. El, aku rasa kau ni kena berubah, la! Tak
kemana kau lepak dengan geng-geng tu! Diorang tu senior. Tahun depan dah nak
habis belajar! Kita ni masih ada 4 tahun lagi tau dekat sini! So, kena tunjuk
prestasi yang baik!tegur Isma. Alya diam. Aku tahulah! balas Alya acuh tak
acuh. Hah! Kali ni pulak apa denda kau!? tanya Isma. 5 assignment kena siapkan
dalam 2 hari.. Hah!??? mereka berdua terkejut. Gila betul! 2 hari kau tak tidur
la beb! balas Isma sengaja menakutkan Alya. Ah! Ada dia kisah!? Aku rasa Prof.Mansur sengaja
nak kenakan kau! Tu la, siapa suruh kau tu datang kelas lambat. Padanlah dengan
muka! Hahaha perli Hana. Amboi sedapnya kau mengata! Tak kira, korang kena
tolong aku! ugut Alya. Sorry, kami ada date! balas Isma dengan bangga. Alya
mencebik. Date konon! Date dengan tiang lampu tepi jalan tu bolehlah!
Piiiraaahh! Tiba-tiba Hana menyiku lengan Isma. Dia macam kalut semacam. Alya
mengerut dahi. Aduh, sakitlah! Apehal!? tanya Isma geram. Tuu!! Hana seperti
panas bontot lantas tangannya mengunjuk ke arah seseorang. Alya dan Isma
memandang ke arah objek yang ditunjukkan oleh Hana. Mak aihh.. Handsome, beb!
balas Isma. Mukanya berseri-seri tiba-tiba. Hana juga. Dah kemaruk nak berlaki
dah dua orang manusia ni. Sekali lagi Alya memandang lelaki itu. Dia terkejut!
Dia!? Dengar cerita, dia tu anak Dato Seri, tau! kata Hana. Anak Dato Seri?
Patutlah kurang ajar! kutuk Alya dalam hati. Handsome, kan? Kalau la aku dapat Eh? Siapa nama dia?
tanya Isma beria-ia. Izzul. Muhammad Izzul Islam tambah Hana lagi. Wow! Siap
hafal you! Nama penuh lagik! Memang dah kemaruk sahabat dia yang dua orang ni.
Tak sedar dengan badan besar, ada hati nak berlakikan putera dari kayangan. Perggghh
Lelaki macam tu yang korang suka? tanya Alya mengerut dahi. Ada nada sinis di situ. Masing-masing
kehairanan. Hai, kau macam tak puas hati dengan dia, je? tanya Isma. Memang
pun! Kau tahu tak, pasal dia la aku lambat tadi! Pagi-pagi dah cari pasal dengan
aku. Tak pasal-pasal aku kena denda dengan Prof. Mansur! balas Alya kecewa. Dia
mengambil air Isma lalu disedutnya sehingga habis. Kau bertegur dengan dia la
tadi? kali ini Hana pula menyampuk. Alya mengangguk. Langsung takde perasaan.
Untungnya kau!!!! Hana teruja. Alya terkejut. Untung!? Kau tahu tak.. begitu
ramai student-student dekat sini nak berkenalan dengan Izzul, tu! Tapi dia tu
sombong sikit. Susah nak dengar suara dia. And
dia tu macam tak melayan je. Kau kena tegur dengan dia dah kira bertuah, tau!
tambah Hana lagi. Isma mengangguk setuju. Bertuah, ke? Macam bawak malang je! kutuk Alya
lagi. Dah.. dah.. dah! Aku malas nak dengar! Sekarang ni aku nak pergi
library.. nak siapkan kerja sekolah! Chow!!.. Alya segera mengangkat punggung.
Kelas kejap lagi kau datang, tak? tanya Isma. Datang, jumpa dekat kelas! balas
Alya dan bergerak meninggalkan mereka. Ok! balas mereka berdua. Dalam kepala
otaknya sudah berserabut dengan macam macam hal.
*****
Alya sedang sibuk menelaah buku
di hadapannya. Dia perlu mencari maklumat berkaitan Engineering di dalam buku
itu. Petang nanti lepas kelas dia ingat nak sudut IT untuk mencari bahan di
internet. Sedang dia khusyuk, tiba-tiba lelaki yang dibencinya itu datang
menhampiri seorang perempuan yang betul-betul duduk di hadapan mejanya. Gadis
itu tergedik-gedik memeluk lengan Izzul apabila Izzul duduk di sebelahnya.
Manja bukan main. Meluat dia tengok! Sayang.. kita nak kemana petang ni? tanya
gadis itu. Kita pergi Skudai Parade la! balas Izzul. Ok! Ayang nak beli gelang
emas boleh? Ayang dah tengok hari tu.. cantik tau, yang tambah lagi kegedikkan
gadis itu. Semakin meluat! Naik muntah dia melihat adegan free depan mata. Oh
my GOD! Segera dia melihat jam di tangan. Masa kelas lagi 15 minit. Dia segera
menutup buku. Niatnya untuk meminjam buku tersebut. Pasangan dua sejoli tu dari
tadi dok menggesel-gesel di situ. Ni kalau librarian dapat tau, lama dah mereka
kena halau. Hello.. ini bukan tempat untuk bermadu asmara okey! Alya berjalan melalui meja
mereka. Menyampah dia melihat mereka berdua. Entah kenapa, tiba-tiba lelaki itu
bangun lalu melanggar Alya sekali lagi. Hai nasib malang lagi sudah sampai. Buku di tangan
terjatuh. Lelaki itu segera membantunya lalu meminta maaf. Sorry pinta dia lalu
memandang ke arah Alya. Muka dia berkerut. Kau!? Alya buat muka selamba.
Kenapa!? tanya dia acuh tak acuh. Gadis yang menggedik dari tadi tu hanya
menjeling tajam ke arahnya. Hai, apalah malangnya nasib aku ni sampai boleh
berjumpa dengan budak tomboy macam kau sebanyak 2 kali hari ni..! perli Izzul.
Hello.. kau ingat aku sukalah jumpa MAMAT PERASAN BAGUS macam kau, ni!? Alya
telah mengishtiharkan perang dengan lelaki di hadapannya ini. Muka handsome
tapi perangai macam tenuk tak cukup makan! Lelaki itu mendekatkan mukanya ke arah
Alya. Alya tercengang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Aku mamat perasan
bagus? Habis kau tu siapa!? Minah tomboy yang berlagak macho!? Sedarlah diri tu
perempuan! Jangan nak berlagak jadi lelaki! kutuk Izzul kepadanya. Kenapa
tiba-tiba hatinya jadi sensitif. Dia geram. Lalu segera meninggalkan tempat
mereka. Entah kenapa, air matanya mengalir laju. Pertama kali dia dihina
sebegitu rupa. Yes! Aku memang tomboy! Ada
aku kisah kau kutuk aku macam tu!? Mamat perasan bagus, I declare we are on
war! tempik dia dalam hati. Geram! Geram! Geram!
BAB 10
Alya memandang skuternya yang
rosak. Malam-malam macam ni la skuter dia buat hal. Dicuba berulangkali menekan
punat start skuternya tetapi masih lagi tidak berfungsi. Dia menampar skuter tu
tanda geram. Mana dia nak cari orang bantu dia malam-malam macam ni? Alya
mengeluh. Nak telefon Hana dan Isma, kredit habis pulak! Simpang yang sedang
dia lalu sekarang ni pun gelap dan tidak nampak satu manusia pun di situ. Nak
kata seram tu takde la sangat. Tapi macam-macam boleh jadi dalam keadaan macam
ni. Alya melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 12 malam. Adoyai, sudah
lewat malam ni. Dia sudah semakin risau. Menunggu dan mengharap agar ada yang
datang untuk membantunya. Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta
dari hujung simpang. Lampu dari kereta tersebut menyilaukan mata Alya yang
ketika itu sedang sibuk menunggu di divider dengan penuh harapan. Sekilas
bibirnya tersenyum. Mengharapkan agar yang datang itu dapat membantunya. Alya
bangun lalu segera melambai-lambaikan tangannya untuk menghentikan kereta
tersebut. Kereta mewah model Hyundai Elantra itu mula menghampiri Alya sebelum
berhenti. Alya begitu berharap agar pemandu itu sudi membantunya. Lelaki yang
memandu kereta mewah itu segera keluar dari keretanya. Senyuman Alya semakin
melebar. Ada apa hal ni bro? tanya lelaki itu. Senyuman Alya mati. Bro? Dia
kata aku bro? Aku perempuan la! bentak Alya dalam hati. Geram pulak bila orang
mengingati yang dia adalah lelaki. Dia cuba berlagak tenang. Tak nak
create apa-apa masalah memandangkan banyak benar masalah yang dia sedang hadapi
sekarang ni. Bro, tolong saya bro. Skuter saya ada prob la! balas Alya dengan
suara sengaja dibuat garau. Alang-alang kau dah panggil aku bro.. so aku balas
la dengan suara ala-ala BRO ni. Lelaki itu menutup pintu keretanya lalu
menghampirinya. Alya masih tidak jelas melihat raut wajah lelaki yang baik hati
itu. Namun sebaik lelaki itu menghampirinya, sekali lagi dia terkejut. Bukan
dia sahaja, lelaki itu juga! Masing-masing kaku. Kau!? tanya mereka serentak.
Apa kau buat dekat sini!? sekali lagi persoalan itu keluar dari mulut
masing-masing. Alya berdehem. Cuba
menenangkan perasaan yang semakin kusut tu. Haish! Macam mana pulak la boleh
jumpa dengan mamat perasan bagus ni!? Tengah-tengah malam macam ni pulak tu!
Bikin spoil mood betul! Apesal dengan skuter kau ni!? tanya lelaki itu dengan
nada tinggi. Tangannya disilangkan ke dada. Memandangnya dengan pandangan yang
cukup tajam. Alya tidak membalas soalan lelaki itu. Menyampah pulak rasanya!
Kalau nak tolong tak payahlah tanya dengan suara tinggi macam tu. Nampak sangat
diri tu tak ikhlas nak membantu! Tulah, kalau dah tau skuter cabuk kau ni dah
season, tak payah la nak keluar malam-malam buta macam ni! Mahunya ada lelaki tak
siuman ganggu macam mana? Bla.. bla.. bla.. bebel lelaki itu panjang lebar.
Naik panas telinga dia mendengar. Hamboih! Sesuka hati kau panggil skuter aku
skuter cabuk ye? Rasa ringan je tangan ni nak kasik pelempang dekat mamat depan
aku nih! Nasib sebabkau datang nak tolong aku, kalau tak.. lama dah mamat depan
akuni terpelanting kena penerajang dari aku! Huh.. Jangan nak membebel la! Meh tolong aku
tengokkan enjin ni lagi baik la! geram betul rasanya. Sudah la hari ni hari malang sedunia bagi dia, jumpa mamat ni bertambah malang lagi nasib dia ni.
Lelaki itu tersenyum sinis. Tiba-tiba dia ketawa seolah-olah memerli. Ada aku
cakap yang aku nak tolong kau, ke? balas dia lagi dengan penuh sombong dan
angkuh. Alya mengetap bibir. Argghh.. rasa nak kasik penyepak dekat muka lelaki
ni boleh tak? Habis tu yang kau berhentikan kereta kau dekat sini kenapa? Kalau
dah tak nak membantu tu tak payah la kau tercegat lagi dekat sini. Baik kau
blah la! halau Alya. Lelaki itu tak membantu pun dia tak kisah! Masih ada lagi
yang nak bantu dia time-time macam ni. Tapi.. hem, ada ke yang nak membantu?
Satu kereta pun takde. Jangankan kereta, motor pun tak nampak kat simpang jalan
ni. Haish!~ Mamat perasan bagus itu ketawa lagi. Sure? Jangan sesekali kau nak
menyesal ye? sengaja Izzul menguji Alya. Nak tengok sejauh mana ego gadis
tomboy itu dapat menangkis egonya. Alya memeluk tubuh. Malas nak bertekak
dengan mamat perasan bagus itu. Pergilah! Menyemak je dekat sini! tambah dia
lagi. Izzul tersenyum sinis. Segera dia kembali ke keretanya. Sebaik dia masuk
ke dalam keretanya dan enjin dihidupkan, kereta itu berlalu meninggalkan asap
hitam ke arah Alya, gadis itu terbatuk-batuk. Deruman kereta itu semakin
menjauh. Bayangannya pun sudah jauh menghilang. Alya mengeluh. Betul-betul
mamat tu meninggalkan dirinya. Tu la kau, El! Bodoh sombong! Kan mamat tu dah tinggalkan kau sorang diri
dekat sini! Hah sekarang ni macam mana? Kau nak buat apa sorang-sorang dekat
sini? Alamat kau tidurlah dekat tepi jalan ni ye wahai Alya?kutuk dia dalam
hati. Alya mengeluh. Nak jalan kaki, rumahnya jauh. Takkan nak tinggalkan macam
tu je skuter dia ni? Kang kalau tinggal macam tu, tak pasal-pasal esok pagi
tinggal rangka je. Haiyooo macam mana ni? Dah ada yang datang tadi, kau
buat-buat sombong? Huh.. bukan aku yang sombong.. mamat tu yang berlagak nak
mampus! Kalau tak nak tolong, tak payah la nak cakap sinis sampai naikkan darah
aku ni! Haiseh! Setengah jam menunggu, akhirnya datang sebuah kereta
menghampirinya. Hati Alya berbunga-bunga. Dia kembali tersenyum. Akhirnya, ada
juga kereta yang lalu ke kawasan ni. Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan
Alya. Sekilas, pemandunya keluar dari dalam kereta tersebut. Motor rosak ke dik
tanya pemandu tu. Alya mengangguk laju. Ye, abang! Boleh bantu tak? balas Alya
dengan penuh harap. Confirm la! Abang mekanik! Mari abang tengokkkan motor adik
tu jawab lelaki itu lagi. Senyuman Alya semakin melebar. Syukur akhirnya ada
juga yang nak membantu dia malam-malam macam ni. Kebetulan pulak yang berhenti
tu mekanik motor. Macam dah takdir pulak kan?
Tapi bagus jugak! Kalau nak harapkan mamat gila perasan bagus tu, alamat sampai
kiamat la takde orang nak bantu. Bebel Alya dalam hati. Matanya hanya memandang
sahaja lelaki di depannya itu membaiki skuternya. Dia sudah boleh menarik nafas
lega. Malam ni takdelah dia tidur tepi jalan. Alhamdulillah..~ 15 minit
berlalu, akhirnya enjin skuternya dapat dihidupkan. Siap akhirnya balas lelaki
itu. Barang-barang baiki seperti skrew driver dan lain-lain segera disimpan
dalam tool box. Lelaki itu bergerak ke bonet kereta untuk menyimpan tool box
itu. Terima kasih, bang. Berapa kena bayar ni? tanya Alya. Alang-alang abang
yang baik hati ni sudah membaiki skuternya, takkan tak nak hulur apa-apa, kan? Kalau betul dia
mekanik, baik bayar servis dia. Takpelah, adik! Adik ni kawan kepada kawan baik
abang. Abang kasi free je.. jawab lelaki itu tersenyum. Alya tercengang. Kawan
baik? Siapa? Err siapa kawan baik abang tu? tanya Alya. Sebaik bonet ditutup,
dia segera mendekati Alya. Senyuman semakin melebar. Dia suruh abang rahsiakan.
Okla, dah
malam sangat ni. Baik adik balik sekarang.. tak elok anak dara keluar
malam-malam macam ni.. nasihat lelaki itu. Alya tersenyum. Huh! Abang ni pun
boleh perasan yang aku ni perempuan. Bukan macam mamat perasan bagus tu! Meluat
betul aku bila teringatkan mamat tu! Huh! Segera enjin skuter dihidupkan
kembali. Terima kasih, bang! Ucapkan terima kasih saya pada kawan abang tu ye?
balas Alya lalu segera melambaikan tangan kepada lelaki itu sebelum skuternya bergerak
meninggalkan simpang jalan itu. Lelaki itu tersenyum. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Hello, bro! sapa lelaki itu sebaik sahaja mengetahui
siapakah yang menghubunginya. Yeps.. aku dah baiki dah motor dia. No hal je
bro.. kau kan
kawan aku.. Ok.. ok.. esok kita jumpa! Bye.. lelaki itu segera menamatkan
perbualan mereka lalu segera bergerak ke keretanya. Kereta wira berlalu
meninggalkan kawasan itu. Alya yang sedang leka memandu tiba-tiba teringat
sesuatu. Diketuk kepalanya kerana lupakan sesuatu. Aiseh! Macam mana boleh lupa
nak tanya nama abang tu.. tak pun minta no telefon ke. Nanti pasni kalau rosak
skuter kesayangan aku ni, boleh la telefon dia.. haiyoo!! Apesal la kau boleh
lupa El!? kutuk dia lagi. Skuter berlalu dengan laju. Dia perlu segera sampai
ke rumah. Matanya sudah semakin kuyu. Mengantuk yang amat. Tapi siapakah lelaki
yang baik hati menelefon abang tu untuk bantu dia malam-malam macam ni? Alya
membiarkan persoalan tu berlalu begitu sahaja. Malas dia nak fikir lelaki
misteri itu. Yang penting, dia doakan semoga lelaki itu selamat dunia akhirat
kerana sudi membantu dia.