Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum
adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana
keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih
adalah termasuk dalam family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan
yang sama dengan bawang merah. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang
wujud agak lama, maka adalah sukar untuk menentukan negara asal tumbuhan
ini sendiri. Mengikut Mrs. M. Grieve dalam bukunya yang bertajuk " A
Modern Herbal " bawang putih boleh didapati di utara dan selatan Siberia
dan kemudiannya berkembang ke selatan Eropah dan ia juga dikatakan
tumbuh secara liar di Sicily. Menurut Mrs. M. Grieve, bawang putih juga
ditanam secara meluas di negara-negara Latin yang bersempadan dengan
negara Mediteranean.
Dalam membicarakan tentang bawang putih ini,
terdapat banyak kepercayaan mengenai bawang putih ini sendiri. Dalam
zaman Shakespeare, terdapat bukti yang mengatakan bahawa bawang putih
dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik. Dalam masyarakat Greek
Purba pula, dipercayai mereka yang memakan bawang putih tidak
dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Ada juga kepercayaan yang
mengatakan bawang putih telah menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada
ditukar kepada babi.
Bawang putih juga telah disebut dalam buku-buku
China terdahulu sebelum tahun 2000 S.M lagi. Selain itu ia juga disebut
dalam kebanyakan dalam karya-karya sastera seperti Shakespeare, Chancer
dan Danten.
Dalam zaman ini pula, masyarakat tidak lagi
menghiraukan kepercayaan-kepercayaan karut mengenai bawang putih itu
sendiri. Namun suatu keajaiban kini kerana bawang putih muncul sebagai
suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit
yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah
tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah
penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai
jenis penyakit.
Tekanan Darah Tinggi
Bawang
putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan
darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya
timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain
itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah
jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk
berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling
ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan
darah tinggi tidak dikawal.
Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli
perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang
paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan
darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen
terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.
Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai
seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang
warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience
with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan
darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang
rendah. Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini
benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah
diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga
boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.
Masalah Pernafasan
Bawang
putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam
merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad
lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang
putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan.
Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang
menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang
putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru.
Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat
menyembuhkan masalah batuk kering.
Ke semua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang
putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah
dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan
dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula
eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat
tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan
paru-paru.
Messegue, seorang pakar herba terkenal Perancis
menyatakan, pesakit-pesakit bagi kes-kes seperti lelah, bronkitis dan
penyakit pernafasan yang lain sembuh. Salah seorang rakannya telah
menjadualkan hasil rawatan Messegue. Bagi penyakit-penyakit pernafasan,
rekodnya adalah seperti di bawah.
Penyakit
|
Pulih
|
Peningkatan
|
Tidak diketahui
|
Lelah
|
60 %
|
30 %
|
10 %
|
Bronkitis
|
10 %
|
80 %
|
10 %
|
Emtisema
|
10 %
|
70 %
|
20 %
|
Oleh itu tidak hairanlah bawang putih menjadi salah
satu herba yang penting untuk individu yang menghadapi masalah-masalah
pernafasan.
Kencing Manis
Bawang
putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana
penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis
ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis
penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.
Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak
boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak
berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan
sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan
berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air
kancing.
Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih
mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam
metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi
setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai
asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak
mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak
sedarkan diri atau koma pada pesakit.
Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink,
mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat
penyakit kencing manis.
Sakit Perut
Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.
Anemia
Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:
- Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1
- Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.
Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam
makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu
daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama
menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai
harapan untuk sembuh.
ArtiritisBawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin
memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang
memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan
dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.
Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).
Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.
Permasalahan Wanita
Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.
Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.
Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.
Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.
Ulser
Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).
Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.
Permasalahan Wanita
Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.
Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.
Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.
Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.
Ulser
Bawang
putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat
masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa
vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan
menyebabkan ulser perut dan duodenum.
Cirit Birit
Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.
Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.
Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2 atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.
Kolesterol
Bawang
putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana
bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan
kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol
yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan
menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan
sebagainya.
Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah
satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk
mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini,
ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang
sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga
menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.
Namun dalam
masyarakat hari ini, amnya dalam masyarakat Malaysia, bawang putih
hanya terkenal dalam masyarakat melayu sahaja dan tidak kepada
masyarakat-masyarakat yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor dan antaranya ialah kemungkinan mereka tidak mengetahui akan
kebaikan bawang putih itu sendiri.
Selain itu, setiap masyarakat sudah semestinya
mempunyai kepercayaan masing-masing dalam merawat penyakit-penyakit.
Kemungkinan mereka mempercayai tumbuhan unik yang lain dalam merawat
penyakit-penyakit. Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini.
Walaubagaimanapun, terbukti bawang putih merupakan
salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai
jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini
adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesannanya.
Sumber : UKM
No comments:
Post a Comment