KATEGORI : IKAN
Bahan
- 1kg Ikan Bilis Basah a.k.a Ikan Seribu (Dibasuh bersih & dibelah 2)
- 4 Biji Lada Besar (Dihiris halus)
- 1 Sudu Makan Serbuk Lada Sulah (Lada Putih)
- 10 Biji Tomato Ceri (Dibelah 4)
- 2 Biji Telur
- 3 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk halus)
- 4 Biji Bawang Merah (Ditumbuk halus)
- Garam
- Ajinamoto
- 3 Cubit Serbuk Kunyit
- Minyak untuk menggoreng
Cara
1.
Gaulkan bersama bahan iaitu ikan bilis, lada besar, lada sulah, tomato
ceri, bawang putih, bawang merah, telur, serbuk kunyit & perisa
secukup rasa (Garam & Ajinamoto). Ketepikan.
2. Panaskan
minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang digaul
tadi untuk digoreng dengan menggunakan sudu. Doh seperti membuat cucur.
Masak hingga kekuningan & hidangkan.
No comments:
Post a Comment