KATEGORI : KUIH-MUIH
Bahan
- 1 Sisir Pisang Abu (Dikupas)
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk Sambal :
# 15 Biji Cili Padi
# 1 Biji Tomato Besar (Dipotong Dadu)
# Sebesar Ibu Jari Belacan
# 6 Biji Limau Kasturi (Buang biji & ambil jusnya)
# Garam
# Ajinamoto
Cara
1.
Panaskan minyak. Masukkan pisang yang telah dikupas tadi & goreng
separuh masak. Angkat & lenyek sehingga pisang menjadi kepingan yang
leper (nipis). Setelah dilenyek, goreng semula pisang tadi sehingga
menjadi garing. Angkat & toskan. Ketepikan.
2. Kemudian, tumbuk bersama cili padi, belacan, dan perisa (Garam & Ajinamoto) secukup rasa sehingga lumat.
3. Masukkan tomato kedalam bahan tumbuk tadi dan lenyek tomato sehingga lumat hancur.
4. Bubuhkan jus limau kedalam sambal yang siap tadi & hidangkan.
* Hidangan enak dimakan semasa minum petang. Pisang yang digoreng tadi boleh dimakan & dicecah bersama sambal.
No comments:
Post a Comment